Saturday, February 19, 2011
Fadhilat Sabar
Allah s.w.t. telah menyebut kalimah berkaitan sabar di dalam al-Quran lebih kurang dalam 90 tempat.Dalam tiap-tiap tempat Allah menceritakan mengenai kelebihan dan kebaikan yang banyak bakal diperolehi oleh orang-orang yang sabar.Semua ini menunjukkan bahawa sabar merupakan satu perkara yang besar dan dituntut dalam Isla...m.
“Sesungguhnya (Allah) menyempurnakan bagi orang-orang yang sabar pahala mereka tanpa sebarang batasan“(surah az-Zumar,ayat 10)
Dalam ayat di atas,Allah mengatakan bahawa pahala bagi orang-orang yang sabar tidak ada had dan sempadan.Boleh jadi sedikit dan boleh jadi banyak.Ia bergantung kepada sejauh mana tahap kesabaran kita.Semakin tinggi tahap kesabaran kita,semakin berganda pahala yang bakal kita perolehi.Hal ini diperkuat lagi dengan hadis qudsi yang menceritakan mengenai pahala bagi orang-orang yang berpuasa.Sebagaimana yang kita tahu bahawa,ibadah puasa secara zatnya menunjukkan kepada kesabaran.Ibadah puasa antara ibadah terbaik untuk meningkatkan tahap kesabaran dalam diri kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment