11 JENIS MANUSIA DIDOA MALAIKAT.
11 Jenis Manusia Didoa Malaikat
PERCAYA
kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa
kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat
keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam
menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat
diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan,
bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam
keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang tidur
dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan
bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana
tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu
solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Tidaklah salah seorang antara
kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali
kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah
sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan
malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4.
Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada
orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin'
ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda
maksudnya:
"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga
selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu
bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang
lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Kalangan malaikat akan selalu
berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di
mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar
secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Kalangan malaikat
berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam
hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat
pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat
Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke
langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu
Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka
menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami
tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada
hari kiamat.' "
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan
orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Doa seorang
Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya
adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang
menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah
kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia
dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w
bersabda, maksudnya:
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba
ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya
berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"
10.
Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada
orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang melawat orang
sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidaklah seorang mukmin
menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang
akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga
Subuh."
p/s: Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh
malaikat.Insyaallah.
No comments:
Post a Comment