BismillahirRahmaanirRahiim ~
Assalamu'alaikum Warahmatullahi
Wabrakatuh.
RAMADAN BULAN KERAHMATAN, RAMADAN BULAN
KEAMPUNAN
(perbanyakkan Istighfar, membaca Al-Quran, bersedekah dan
berselawat )
... Sahabat-saudaraku Fillah, Ramadhan adalah bulan
kerahmatan dan bulan kempunan, Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, penuh
berkat Perbanyakkanlah beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat ke atas
Nabi SAW serta perbanyakkanlah bersedekah dan amal-amal soleh yang lain.
Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu,
dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar
(sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya
bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya
dosa-dosa.
>>> Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa
pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat :
Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya
Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu
atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa
diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang
tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti
pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
>>> Puasa menurut segala yang
disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan
bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
>>>
Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap
langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa
tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya ,
dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri
yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah
kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat
orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada
fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu
kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya.
(Al-Hadith).
>>> Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali
sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga
daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta
ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai
baginya . (Al-Hadith)
>>> Pada hari Qiamat, Allah memerintah
Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan
keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan
mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan
memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan
buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
Abu
Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan
terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala
sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari &
Muslim)
♥ DITUTUP PINTU NERAKA ♥
Pada bulan Ramadhan, pintu neraka
ditutup maka kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran antara
alam dunia dan alam akhirat). Seksaan kubur ke atas orang Islam dihentikan pada
bulan Ramadan. Selain itu orang Islam yang meninggal dunia pada bulan Ramadhan
tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir.
♥ DUBUKA SEMUA
8 PINTU SYURGA ♥
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith
Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat yang diturunkan oleh Allah s.w.t pada
bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap
semuanya ada di bulan ini bahkan golongan miskin juga dapat menikmatinya pada
bulan ini.
♥ ALLAH PERHIASKAN SYURGA ♥
Allah percantikkan syurga
yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari
bernasyid dan menyanyi-nyanyi minta disegerakan bertemu dengan bakal suaminya di
syurga nanti.
Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari
setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan
bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah
syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat
indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah
bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas
bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ?
Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan ,
hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan.
♥ RAMADHAN BULAN
KEAMPUNAN ♥
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan
diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang
menghidupkan malam dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya
yang telah lalu dan yang akan datang.
Untuk mendapatkan pengampunan dosa,
pastikan nafsu dikawal dan semua pantang larang Ramadan dijaga. Dalam hadith
yang lain pula cuma disebut “dosa yang telah lalu” iaitu mulai 1 Syawal hingga
30 Syaaban sebelumnya. Inipun sudah cukup bagus.
Sesiapa yang berpuasa
Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya
yang terdahulu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu
Hurairah)
“Sembahyang lima waktu, dari Jumaat (yang satu) menuju Jum’at
berikutnya, (dari) Ramadhan hingga Ramadhan (berikutnya) adalah penghapus dosa
di antaranya, apabila ditinggalkan dosa-dosa besar.” (Riwayat
Muslim)
Menghidupkan malam melalui aktiviti seperti Sembahyang Terawih
dan bertadarus juga mendapat pengampunan dosa oleh Allah s.w.t. Sembahyang
Terawih sebanyak 20 rakaat diasaskan oleh Sayyidina Umar r.a. dan ini dilakukan
bagi menggantikan sembahyang malam atau tahajjud Rasulullah sebanyak 8 rakaat
pada malam bulan Ramadan. Sembahyang terawih 20 rakaat adalaha sunnah dari para
Jamaah iaitu jamaah sahabat nabi dan kita adalah Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
“Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW
menggalakkan qiyamullail (sembahyang malam) di bulan Ramadhan tanpa
memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang sembahyang malam di
bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka
diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
♥ Marilah sama-sama meraih
kebaikan dan keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadhan. Semoga Allah SWT
memberikan keampunan, melimpahkan Rahmat serta keredhaan-Nya buat kita
semua...aamiin ya rabbal 'aalamiin ♥
~ Salam Ramadhan ~
No comments:
Post a Comment