Ya Allah, sudilah pandang
aku Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa
Mengasihi hamba-hambaMu Ingin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku
ada dan di setiap tempat aku berada Ingin aku meluahkan segala apa yang
terpendam dalam hati ini Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan
mengetahui, Tanpa aku bicarakannya kepadaMu Malah Engkau lebih tahu
segalanya tentang aku daripada diriku sendiri Kerana Engkau yg memiliki
sekeping hati ini Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku
sendiri
Ya Rabbi, sudilah pandang aku Ya Rabbi, izinkan aku
menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku. Aku tahu.. Aku sering
menghadapMu dengan wajah yang kelam, tidak berseri Aku sering berhadapan
denganMu tika jiwaku berkeluh kesah Aku mencariMu hanya di waktu susah dan
derita. Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu. Aku lupa
bahawa hidup ini hanya untukMu Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara
untuk aku mencari bekal sebanyaknya
Namun, di saat ini aku hadir untuk
menghadapMu Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya Disebabkan
kelalaianku menurut hawa nafsu Dan tertipu dengan dunia dan syaitan Allah,
pandanglah aku dengan kasih sayangMu Pandanglah aku dengan keampunanMu Aku
sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu Kerana aku benar-benar menagih
syurgaMu dan aku takut nerakaMu Tapi, layakkah aku Ya Allah?
Ya Rabbi,
seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang, Bagaimanakah nantinya tika
berhadapan denganMu? Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina
ini? Bagaimanakah keadaanku waktu itu?? Hitamkah wajahku bila berhadapan
denganMu? Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini? Berlarikah aku
menujuMu kerana rindu untuk menemuiMu? Atau menggigil ketakutan kerana takut
dan malu denganMu? Allah, aku bimbang.. Aku gusar dan takut Ya
Allah.. Apabila memikirkan saat itu Kerana banyaknya dosa aku
terhadapMu. Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini Ingin ku
buang jauh duniaku yang melalaikan Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk
tetap mengulangi kesilapan terhadapMu Kadang-kadang aku terlupa,
kadang-kadang aku sengaja
Aku takut padaMu Allah tapi kenapa aku
seringkali mengulangi dosa-dosa terhadapMu? Aku sering berjanji di depanMu
untuk menyerahkan hidup matiku hanya untukMu Namun sering aku memungkiri
janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa Aku pernah menangis keranaMu kerana
takutkan azabMu Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa
tentangMu Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak
melakukan sebegitu Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku
kembali padaMu Engkau sentiasa bersedia mengampuniku...
Aku takut Ya
Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali padaMu Aku dalam keadaan tidak
bersedia dan penuh dengan hitam noda Apakah yang mampu aku persembahkan di
hadapanMu kelak? Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri
kepadaku dalam keadaan yg terbaik? Allah, aku mohon dengan
sangat.. Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu Agar tersenyum aku pulang
mengadapMu Allah, terimalah taubatku Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu
bertemu denganMu Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu Agar mudah jalanku
ke JannahMu...
Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa
dekat denganMu Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di
hadapanMu kelak Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku
ini Hadiahkanlah cahayaMu kepadaku sehingga saat aku dipanggil pulang
olehMu Amiin Ya Rabb..
Aku mohon dengan
sangat..Perkenankanlah.
::Ya Allah, maafkanlah bilamana hati ini tidak
sempurna dalam mencintaiMu::
No comments:
Post a Comment