Wednesday, November 9, 2011

Kita sering teruja melihat seseorang yg berpenampilan menarik dan mempunyai fizikal yg menawan. Tetapi fizikal yg menawan belum tentu menjamin kesempurnaan seseorang. Walaupun Allah menyatakan manusia adalah sebaik-baik kejadian tetapi yg menjadikan manusia lebih lengkap adalah hati.

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa kamu, tidak kepad...a keturunan atau harta kekayaanmu. Sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka sesiapa yg memiliki hati yg suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah wahai anak adam, bahawa orang yg dicintai Allah adalah orang yg paling bertakwa dalam kalangan kamu." (Hadis Riwayat Muslim & Tabrani)


Hati manusia bertindak sebagai raja, yg mengawal baik buruk, sejahtera atau sengsara, sihat dan sakit dan sebagainya. Sekiranya hati baik maka baiklah seluruh diri.

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud "Sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal daging. Apabila ia baik maka baiklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, bahawa itu adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hati mencerminkan keperibadian seseorang; agen penentu dan tapak iman tempat berkumpulnya segala sifat baik atau tercela manusia.
Maka disebabkan itu juga, Rasulullah s.a.w selalu berdoa, "Ya Allah, ya Tuhanku, yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas landasan agama-Mu"

No comments: