Monday, October 31, 2011

Santapan ROhani


SANTAPAN ROHANI...

Setiap dosa @ maksiat menumbuhkan satu titik hitam dlm hati, sekiranya tidak dibersihkan dgn taubat @ istigfar, maka ia akan menutup cahaya iman dlm hati kita.

... Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik... hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Apabila dosa dilakukan secara berterusan dan tidak dicuci dengan istigfar, maka malaplah cahaya iman. Setelah cahaya iman itu malap, maka dosa yang besarpun dianggap kecil, sehingga ada yang berkata “aku cuma minum arak sekali seminggu je” atau “aku cuma tinggal sembahyang je”, sedangkan satu sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja itu akan menghentak kepala mereka sendiri sehingga pecah:

“Rasulullah s.a.w. diperlihatkan pada suatu kaum yang menghentak kepala mereka pada batu. Setiap kali hentakan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan asal dan mereka tidak berehat daripada melakukannya. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya “Siapa ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepala untuk menunaikan sembahyang fardhu”. (Riwayat Thabrani)

No comments: