Friday, May 23, 2014

SABAR KECANTIKAN ROHANI

SABAR KECANTIKAN ROHANI 

- Boleh dikatakan setiap manusia berkeinginan supaya kelihatan cantik dan tampan. Kebiasaannya untuk mencantikkan diri, mereka menggunakan alat kecantikan. Cukupkah kecantikan dan ketampanan luaran (jasmani) saja tanpa dihiasi kecantikan dalaman (rohani)?

Aspek penampilan luaran tidak memadai jika tidak dihiasi kecantikan dalaman. Malah, Allah سبحانه وتعالى tidak mengambil kira aspek penampilan luaran dalam menilai sama ada seseorang itu baik atau sebaliknya.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: 

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras (penampilan) dan harta benda kamu, tetapi (Dia) melihat kepada hati dan amalan kamu.” (Riwayat Muslim dan Ibn Majah)

Jelas di sini seseorang manusia itu lebih kelihatan cantik dan tampan jika penampilannya dihiasi kecantikan dalaman (akhlak). Terdapat pelbagai jenis kecantikan dalaman dan salah satu daripadanya adalah menghiasi diri dengan sifat bersabar.

Sabar adalah suatu mujahadah mendidik nafsu yang berada dalam diri seseorang. Apabila nafsu berjaya dididik dan sifat sabar berkembang dalam diri, maka dia akan mendapat nikmat ketenangan daripada Allah سبحانه وتعالى. Apabila diri tenang, setiap perkara dilakukan kelihatan cantik dan tersusun.

Kesabaran diterima Allah سبحانه وتعالى adalah sabar setelah mendapat sesuatu ujian. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم: 

“Sesiapa yang redha di atas kematian tiga orang anaknya, baginya satu benteng yang kukuh daripada api neraka. Bertanya Abu Zar: Ya Rasulullah, aku telah redha di atas kematian dua orang anakku. Jawab Nabi صلى الله عليه وسلم: Ya, walaupun dua orang. Selepas itu, bertanya pula seorang sahabat bernama Ubai bin Ka’ab: Ya Rasulullah, aku telah redha di atas kematian seorang anakku. Jawab Rasulullah صلى الله عليه وسلم: Ya, walaupun seorang, tetapi dengan syarat ganjaran itu akan diperoleh mereka yang sabar ketika mula-mula ditimpa musibah.” (Riwayat al-Tirmizi)

Selain itu, kisah sabar ini boleh dilihat daripada kisah Ummu Salamah yang diuji dengan kematian anaknya. Dia redha dan hanya mengharapkan ganjaran Allah سبحانه وتعالى semata-mata dengan pemergian anaknya itu.

Kesabaran itu juga membolehkan Ummu Salamah tenang menyiapkan segala persiapan untuk persemadian anaknya. Dimandikan, dikafankan dan ditempatkan di pembaringan. Setelah suaminya pulang dan bertanya mengenai anaknya, dia hanya menjawab dengan tenang anaknya baik-baik saja dan melayan suaminya dengan baik.

Setelah itu, dengan penuh hikmah dia menceritakan kisah sebenar tentang kematian anaknya itu. Hasil daripada kesabaran yang ditanggung oleh Ummu Salamah dan suaminya itu, mereka dikurniakan anak-anak yang ramai. Semuanya menjadi orang yang alim.

Seseorang yang tidak sabar, sikap itu akan mudah terserlah terutama ketika menghadapi saat-saat sukar. Misalnya, ketika berada dalam kesesakan jalan raya, seseorang itu sering marah dan mencaci pemandu lain.

Tidak kurang juga yang mudah melenting apabila dirinya ditegur. Dia akan memarahi kembali orang yang menegurnya itu.

Seseorang itu akan kelihatan lebih cantik dan tampan jika sifat sabar ini tumbuh subur dalam diri. Ia bukan saja menyerlahkan kecantikan dan ketampanan, malah mendapat rahmat serta kasih sayang daripada Allah سبحانه وتعالى. Oleh itu, bersabarlah apabila diri dikhianati, disakiti dan dimarahi.

Saturday, January 11, 2014

PERINGATAN BUAT YANG BERGELAR "HAMBA"

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahat
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Allah
Dan dibumbungi dengan langit Allah
Serta menikmati rezeki dari Allah

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi segumpal daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta, dan keluarga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia..!

Sunday, November 17, 2013

Assalammualaikumm .... ^_^

Assalammuallaikum 



Ketika hatimu merasa gelisah,
Ketika hatimu merasa galau,
Tak perlu mengatakan semua kegelisahanmu pada orang lain.

Kerana semua ini takkan menyelesaikan semua masalahmu.
Bila ingin berbagi dengan temanmu, Cukup sekedarnya saja.
Kerana belum tentu temanmu boleh memegang rahasiamu..

Ada yang lebih mendengar semua keluh kesahmu,
Ada yang lebih mengerti semua kesedihanmu,
Ada yang lebih memberi apa yang menjadi keinginanmu.
Curahkan segala isi hatimu pada ALLAH Subhanahu Wata'ala..

Percayalah..
Semua akan cepat terselesaikan.
Kesedihan tidak akan selamanya..
Kerana akan selalu ada kemudahan setelah kesulitan.

Menangislah jika ingin menangis
Menangislah kepada-NYA..
Kerana tangisanmu akan berubah menjadi senyuman kebahagiaan..

Semoga kita semua diberikan petunjuk, kemudahan dan ketabahan oleh-NYA untuk menghadapi segala liku dalam kehidupan ini.

Aamiin Yaa Rabbal'alamiin 





Saturday, November 16, 2013

MENANGIS DAN TERTAWA ANUGERAH;DARI YANG ESA.

MENANGIS DAN TERTAWA ANUGERAH DARI YANG ESA 

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM. 



Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang TERTAWA dan MENANGIS.
( Surah An-Najm ayat 43 ).

Airmata kita.
Memiliki lebih dari SERIBU rasa.
Entahkan ADA entahkan TIADA.
Hanya DIA tahu rahsia.
Airmata kita.
Luahan sebuah jiwa.
Entah GEMBIRA entah DERITA.
Sukar di luah dengan kata-kata.
Airmata kita.
Muncul saat iman di duga.
Airmata terasa hiba.
Lemah terasa tidak berdaya.
Batin di asak duka nestapa.
Airmata kita.
Hadir tatkala kita terjaga.
Jiwa menyesal noda dan dosa.
Kita takut mengharap rahmat NYA.
ALLAH rindu rintihan hamba NYA.

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM
Apabila di bacakan ayat-ayat ALLAH yang MAHA PEMURAH kepada mereka.
Maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis menyesali dosa.
( Surah Maryam ayat 58 ).

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM.
Dan kamu TERTAWA dan tidak MENANGIS lagi.
( Surah An-Najm ayat 60 ).

Airmata kerana SAUDARA.
Itu satu PENGORBANAN.
Airmata kerana AYAH BONDA.
Itu satu PENGHORMATAN.
Airmata kerana DOSA.
Itu satu PENYESALAN.
Airmata kerana DUSTA.
Itu satu PENIPUAN.
Airmata kerana ang ESA.
Itu satu KEBERKATAN.

Airmata kita.
Satu KEBAHAGIAAN.
Satu KESEDIHAN.
Satu PENYESALAN.
Satu KHASIAT daripada Tuhan.

Sunday, November 10, 2013

PERBUALAN ANTARA PESAKIT DENGAN JURURAWAT



Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit | 

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata. Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya.. Allah...Allah... Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar
masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid...  "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.

Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?

Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?

Anda yang sihat yang membaca sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ini. SELAMAT BERMAL.

Thursday, October 24, 2013

ZUHUD.

Apakah erti sebenar zuhud? Apakah dengan meninggalkan dunia dan menumpukan tujuan pada akhirat semata-mata itu dikira zuhud?

Para ulama merumuskan: "Bukanlah zuhud itu mengharamkan yang halal dan mensia-siakan harta tetapi sesungguhnya zuhud itu adalah apabila kamu lebih yakin dengan apa yang ada di sisi Allah berbanding dengan apa yang ada pada kamu."

Dalil-dalil daripada al-Quran mengenai zuhud :

1. Firman Allah SWT bermaksud :“Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah Al-A’laa ayat 16-17)

Sifat zuhud adalah satu sifat yang mulia di sisi Allah SWT. Zuhud yang sebenarnya adalah mengutamakan kehidupan akhirat dari dunia. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al-A'laa ayat 16 dan 17 , yang mana Allah SWT. menyifatkan orang bukan Islam mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, kemudian Allah SWT menyebut kehidupan akhriat lebih baik dan kekal.

2. Firman-Nya yang bermaksud, “Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).”(Surah An-Naaziat ayat 37-39)

Merenungkan ayat-ayat al-Quran yang banyak menyebutkan tentang kehinaan dan kerendahan dunia serta kenikmatannya yang menipu (manusia). Dunia hanyalah tipu daya, permainaan dan kesia-siaan belaka. Allah mencela orang-orang yang mengutamakan kehidupan dunia yang fana ini daripada kehidupan akhirat

3. Firman Allah maksudnya :“Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).” (Surah At-Takaatsur ayat 6)

Perasaan seperti ini akan mendorong seorang hamba untuk hidup zuhud. Merasakan bahawa dunia itu membuat hati terganggu dalam berhubungan dengan Allah SWT, dan membuat seseorang merasa jauh dari kedudukan yang tinggi di akhirat kelak, dimana dia akan ditanya tentang kenikmatan dunia yang telah ia peroleh.

4. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah (Wahai Muhammad), sesungguhnya kesenangan dunia itu hanyalah sementara sedangkan akhirat jualah yang lebih baik bagi orang yang bertakwa." (Surah al-Nisa ayat 77)

5. Nabi SAW pernah menyebut bahawa Allah itu maha baik dan suka yang baik-baik. Cuma yang salah dalam hal harta ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah SWT dalam ayat berikut :-

كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ وَتَذَرُونَ الْآخِرَةَ

Ertinya : "Sekali-kali janganlah demikian. Sebenarnya kamu (hai manusia) mencintai kehidupan dunia, dan meninggalkan (kehidupan) akhirat "(Surah al-Qiyamah ayat 20 dan 21 )

Manusia lebih mencintai kehidupan dunia berbanding kehidupan akhirat, maksudnya manusia tidak suka dan malas menuntut ilmu tentang halal dan haram dalam pencarian dan perbelanjaan hartanya. 

Orang sebegini tidak mengendahkannya samada ia riba, rasuah, pecah amanah, curi dan lain-lain, yang penting baginya adalah harta mesti dimiliki.

Termasuklah juga, mengabaikan kewajiban Islam kerana terlalu mabuk dalam mencari harta, seperti tidak solat, tidak berzakat, abaikan tanggungjawab kepada rumahtangga dan lain-lain.

Ini bermakna zuhud itu adalah mencari dan membelanjakan harta tanpa melupakan hukum dan keredaan Allah SWT. Pandangan Allah akan sentiasa menjadi ‘priority' dalam pengurusan dan pendapatan hartanya. Ia juga akan memastikan zakat dan sedekah dikeluarkan. Itulah zuhud namanya dan bukannya menjadikan diri miskin dan menjauhi dunia.

6. Tafsiran zuhud adalah bersandarkan firman Allah yang tidak menegah kita menjadi kaya dan berharta, tetapi yang dikehendaki adalah sentiasa peka dan berjaga dengan tipu daya harta agar tidak lalai dari halal haram dan keredhaaan Allah.

Firman Allah :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun ayat 9 )

Islam tidak melarang sama sekali kita untuk menjadi kaya dan menggunakan peralatan, kemudahan dan pakaian yang layak dengan pendapatan kita. Malah ia amat digalakkan untuk menjadi kaya dengan cara yang halal, kerana dengan itu zakat dapat dikeluarkan bagi membantu umat Islam yang tidak berkemampuan. Harta hanya akan menjadi tercela bila ia membawa kepada kelalaian dan pengabaian yang wajib di sisi Allah. 

Zuhud adalah hati dan jiwa yang tidak terpengaruh dengan kekayaan dunia atau sedih dengan kemiskinan. Orang yang zuhud tidak terlalu gembira dengan beroleh kekayaan / harta dan tidak merasa dukacita dengan hilangnya harta yang dimiliki. Hatinya sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT dan sentiasa sabar dengan ujian dan dugaan kehidupan.

Saturday, October 19, 2013

Earn halaal Spend On Halaal

Earn Halaal Spend on Halaal 



Allah commands His believing servants to eat from the pure things that He has created for them and to thank Him for it, if they are truly His servants. Eating from pure sources is a cause for the acceptance of supplications and acts of worship, just as eating from impure sources prevents the acceptance of supplications and acts of worship, as mentioned in a Hadith recorded by Imam Ahmad, that Abu Hurayrah said that Allah's Messenger said:

"O people! Allah is Tayyib (Pure and Good) and only accepts that which is Tayyib. Allah has indeed commanded the believers with what He has commanded the Messengers, for He said: (O (you) Messengers! Eat of the Tayyibat and do righteous deeds. Verily, I am well-acquainted with what you do" (23:51)

(O you who believe! Eat of the lawful things that We have provided you with) He then mentioned a man, (who is engaged in a long journey, whose hair is untidy and who is covered in dust, he raises his hands to the sky, and says, `O Lord! O Lord!' Yet, his food is from the unlawful, his drink is from the unlawful, his clothes are from the unlawful, and he was nourished by the unlawful, so how can it (his supplication) be accepted'') It was also recorded by Muslim and At-Tirmidhid

Tafsir Ibn Kathir
--
"Whoever gives charity equivalent to a date, from his pure earnings and Allah only accepts pure then Allah will accept it with His right hand, then He will nurture it for its companion, like one of you nurtures his foal, until it becomes like a mountain." Reported by al-Bukhari (#1410) and others

“A time will come upon people that a man will no longer care about whether he gets his money by halaal or haraam means.” (Al-Bukhaaree)
Earn Halaal Spend on Halaal 

Allah commands His believing servants to eat from the pure things that He has created for them and to thank Him for it, if they are truly His servants. Eating from pure sources is a cause for the acceptance of supplications and acts of worship, just as eating from impure sources prevents the acceptance of supplications and acts of worship, as mentioned in a Hadith recorded by Imam Ahmad, that Abu Hurayrah said that Allah's Messenger said:

"O people! Allah is Tayyib (Pure and Good) and only accepts that which is Tayyib. Allah has indeed commanded the believers with what He has commanded the Messengers, for He said: (O (you) Messengers! Eat of the Tayyibat and do righteous deeds. Verily, I am well-acquainted with what you do" (23:51)

(O you who believe! Eat of the lawful things that We have provided you with) He then mentioned a man, (who is engaged in a long journey, whose hair is untidy and who is covered in dust, he raises his hands to the sky, and says, `O Lord! O Lord!' Yet, his food is from the unlawful, his drink is from the unlawful, his clothes are from the unlawful, and he was nourished by the unlawful, so how can it (his supplication) be accepted'') It was also recorded by Muslim and At-Tirmidhid

Tafsir Ibn Kathir
--
"Whoever gives charity equivalent to a date, from his pure earnings and Allah only accepts pure then Allah will accept it with His right hand, then He will nurture it for its companion, like one of you nurtures his foal, until it becomes like a mountain." Reported by al-Bukhari (#1410) and others

“A time will come upon people that a man will no longer care about whether he gets his money by halaal or haraam means.” (Al-Bukhaaree)

Friday, October 18, 2013

MENIGNGATI MATI

MENGINGATI MATI




Dalam satu hadis Rasulullah mengingatkan melalui sabdanya “Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan ni’mat yaitu mati”. Kenapa Rasulullah menyuruh kita untuk memperbanyak ingat akan mati? Yang pertama, kerana mati adalah kepastian “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (QS. 3 Ali Imran : 185). “Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (QS. 4 An nisa : 78).

Kedua kenapa Rasulullah memerintahkan kita untuk memperbanyak ingat akan mati, karena mati datangnya tanpa pemberitahuan, kalau ada orang mengatakan sakit adalah tanda akan mati maka itu belum tentu benar kerana terlalu banyak pengalaman umat manusia yang berbulan-bulan dirawat di hospital, doktor pun sudah angkat tangan, tak sanggup lagi untuk mengubati, kemudian dibawa pulang oleh keluarganya, sampai ke rumah diberi ubat-ubatan kampung lalu ia sihat dan segar kembali.

Tetapi tidak sedikit pengalaman juga umat manusia yang paginya orang itu masih berolahraga, masih berbual bersama kita, jam 12 tengahari kita diberitahu dia meninggal dunia.

Kematian merupakan rahsia Allah sepenuhnya, kenapa Allah merahsiakan kematian seseorang ialah agar orang itu sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi kematian. Dan orang yang dikatakan bersedia menghadapi kematian hanyalah mereka yang siap bekal untuk kembali kepada Allah dan bekal menghadapi kematian, disebutkan oleh Allah dalam Al-Qur’an : “Bawalah bekal, karena sesungguhnya sebaik-baiknya bekal adalah taqwa” (QS. 2 Al Baqarah : 197) itulah sebabnya kenapa Rasulullah memerintahkan kita agar kita banyak ingat akan mati, karena mati adalah suatu kepastian, mati datangnya tanpa pemberitahuan.

Kemudian yang ketiga kenapa Rasulullah memerintahkan agar kita ingat akan mati, karena dibalik kematian ada kehidupan dan kehidupan itu sangat berbeza dengan kehidupan dunia sekarang ini. Di dalam Al-Qur’an dengan tegas Allah berfirman: “Dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu” (QS. 32 As-Sajdah : 5)

Satu hari kehidupan akhirat lamanya sama dengan 1000 tahun kehidupan di dunia. “Na’udzubillahi min dzaalik” kalau ada orang lantaran dosa kesalahannya kemudian kata Allah sebelum engkau masuk ke dalam syurga engkau harus masuk terlebih dahulu ke dalam neraka selama satu hari, maka satu harinya di neraka kalau dihitung dengan harinya dunia sama dengan 1000 tahun, bagaimana dengan orang yang masuk neraka selama satu tahun berarti dia akan berada di dalam neraka selama 365000 tahun dalam hitungan dunia.

Orang yang masuk nerakanya 50 tahun berarti dia akan berada di neraka selama 50 x 365 x 1000 tahun. Ini yang digambarkan Allah di dalam Al-Qur’an : “Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu masuk syurga, hingga unta masuk kelubang jarum” (QS.7 Al A’raf : 40). (unta masuk kelubang jarum bermakna mereka tidak akan masuk syurga sebagaimana tidak mungkinnya unta memasuki lubang jarum).

Itulah sebabnya mengapa Rasulullah memerintahkan agar kita memperbanyak ingat akan mati, karena mati adalah suatu kepastian, mati datangnya tanpa pemberitahuan, dibalik kematian ada kehidupan yang kehidupan itu sangat berbeza dengan kehidupan dunia sekarang ini.

Siapa saja yang selalu ingat bahawa dirinya akan mati, selalu ingat bahawa dibalik kematian dia harus pertanggung jawabkan semua yang dia lakukan sekecil apapun di muka bumi ini. Maka pastilah orang itu akan menjadi orang yang baik, atau soleh dan akan menjadi orang yang amanah, disiplin, menjadi orang yang manfaat untuk dirinya, keluarganya, dan masyarakat bangsa dan negara. Tapi sebaliknya manakala orang itu lupa dirinya akan mati, lupa bahawa dibalik kematian itu ada pertanyaan-pertanyaan yang harus dijawab oleh diri kita, na’udzubillah boleh jadi orang itu akan menjalani hidup semahunya tanpa aturan apalagi aturan yang sudah digariskan oleh agama.

Sumber :www.masjidistiqlal.com

SELAMAT MEMBACA. HAYATI.

Terdapat hanya 15 minit lagi sebelum masuk waktu Solat Isyak. Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib. Lambat, tapi pada anggapannya asalkan dia bersolat. Dia mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.

Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.

Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Ianya sangat sesak. Setiap tempat yang dia pandang telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada

Jatungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.

Ianya adalah hari kiamat!

Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari kiamat, tetapi pada anggapannya lama lagi kiamat itu akan berlaku.

Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?

Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!

Soal siasat itu sedang berlaku!

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.

Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri

Tiba-tiba nama dia dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan dan membuat satu laluan untuknya.

Dua malaikat memegang tangannya dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.

Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tunduk dan seluruh hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.

Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan ke rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.

Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.

Dia mengaku kesnya,

"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan kita untuk lakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan. "

Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah dilakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini dan bergegar seluruh tubuhnya ketakutan

Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.

Akhirnya, keputusan itu dibuat.

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.

Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh melutut dan dia menjerit menyatakan ianya salah

"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"

Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Kakinya diseret, mereka pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit semua kebaikan yang telah dia lakukan, bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya, dia bertanya jika seorang pun daripada mereka akan membantunya

Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata,

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"

Dia mula menjerit,

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Api neraka yang membahang telah membakar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia hanya jatuh lima atau enam kaki apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan dan ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang.

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,

"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab,

"Saya solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat! Saya hampir terjatuh ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya jatuh"

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,

"Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir, adakah anda lupa?"

Pada ketika itu, dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud

Dia berada di dalam kebasahan akibat peluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi untuk mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini

Kongsi kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang membuka mata mereka.

Dan siapa tahu? Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakim.

MAHKAMAH AGUNG ALLAH ADALAH SANGAT ADIL SEADIL-ADILNYA

Monday, October 14, 2013

TIPS MELEPASI TITIAN SIRAT

Tips Melepasi Titian Sirat


Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~ Banyakkan bersedekah

~ Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :

Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
سم الله الرحمن الرحيم

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

Saturday, October 12, 2013

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH.

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Khutbah terakhir Nabi Muhammad saw

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH


Saturday, October 5, 2013

Dakwah Itu CINTA

Dakwah itu cinta...
Kerana engkau mencintai ALLAH dan RASUL.

Dakwah itu cinta...
Kerana ALLAH dan RASUL mencintai mereka yang menyintai yang Haq dan 
Batil.

Dakwah itu cinta...
Kerana cinta kepada ALLAH dan Rasul, buat kau mengasihi mereka.

Dakwah itu cinta...
Ingin kau sebarkan cinta itu, hingga orang lain juga mencintai apa yang
kau cintai (ALLAH & RASUL).

Dakwah itu cinta...
Lembut kau kerana cinta.
Tegas kau kerana cinta.

" Sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan dijalan DAKWAH,
ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja,
bahkan...
dibawa bersama hati saudaranya,
justeru itu...
setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya, pasti akan terbiasa
untuk saudara seperjuangannya." 

Dahsyatnya Waktu Sepertiga Malam Terakhir

DUHAI BAKAL IMAM.

 Duhai Calon Suamiku…

Tahukah engkau anugerah yang akan engkau terima dari Allah di akhirat kelak? Tahukah engkau pula balasan yang akan dianugerahkan kepada suami-suami yang berlaku baik terhadap istri-istri mereka? Renungkanlah bahwa, “Mereka yang berlaku adil, kelak di hari kiamat akan bertahta di singgasana yang terbuat dari cahaya. Mereka adalah orang yang berlaku adil ketika menghukum, dan adil terhadap istri-istri mereka serta orang-orang yang menjadi tanggungjawabnya.” [HR Muslim]. Kudoakan bahwa engkaulah yang kelak salah satu yang menempati singgasana tersebut, dan aku adalah permaisuri di istanamu.

Jika engkau ada waktu ajarkanlah diriku dengan ilmu yang telah Allah berikan kepadamu. Apabila engkau sibuk, maka biarkan aku menuntut ilmu, namun tak akan kulupakan tanggungjawabku, sehingga kelak diriku dapat menjadi sekolah buat putra-putrimu. Bukankah seorang ibu adalah madrasah ilmu pertama buat putra-putrinya? Semoga engkau selalu mendampingiku dalam mendidik putra-putri kita dan bertakwa kepada Allah. ♥♥*¸.•'´¯)¸.•'´¯)
Aamiin Allahuma Aamiin

Solat Sunat Rawatib

Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.

Mari kita sama2 berusaha utk meningkatkan amalan2 sunnah kita, mudah2an kita tergolong dlm mereka yg berlumba2 utk mendekatkan diri kepada Allah SWT:

“Sesungguhnya amalan yang pertama kali dihisab pada manusia di hari kiamat nanti adalah solat. Allah ‘azza wa jalla berkata kepada malaikat-Nya dan Dia-lah yang lebih tahu, “Lihatlah pada solat hamba-Ku. Apakah solatnya sempurna ataukah tidak? Jika solatnya sempurna, maka akan dicatat baginya pahala yang sempurna. Namun jika dalam solatnya ada sedikit kekurangan, maka Allah berfirman: Lihatlah, apakah hamba-Ku memiliki amalan sunnah. Jika hamba-Ku memiliki amalan sunnah, Allah berfirman: sempurnakanlah kekurangan yang ada pada amalan wajib dengan amalan sunnahnya.” Kemudian amalan lainnya akan diperlakukan seperti ini.” (HR. Abu Daud no. 864, Ibnu Majah no. 1426 dan Ahmad 2: 425. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini sahih)

Friday, October 4, 2013

Cerita dari Seorang Hamba ALLAH.



Rindu nak cerita juga pasal seorang kawan yang banyak saya belajar darinya. Walaupun dia bekas penagih dadah. Dan pelbagai kejahatan dia buat. Satu hari bila dia taubat. Waktu malam dia menangis dalam sebuah bilik yang kami kurung dia sehingga dia sihat dari ketagihan dadah.

Dia tidak pernah berhenti berdakwah. Dia hanya diam waktu tidur. Seronok sangat dia suka cakap pasal Nabi saw dan sahabah, dan segala kebesaran Allah. Bila bangun tidur tengah malam jika dia jumpa orang muda disekitar masjid juga dia akan dakwah.

Dia benar-benar bertaubat. Sehingga bila mak ayahnya sakit. Dia balik kampung jaga mak ayahnya. Mak ayahnya halau dan marah dia. Tapi dia, bila mak dia kata bodoh kau ni. Dia kata, ya mak betul saya bodoh. Segala makian dia iyerkan. Dia buat sehingga maknya letih nak makinya. Akhirnya mak dia sangat sayang pada dia. Dulu dai paling baran, tapi bila dia mengenal Allah. Dia tidak peduli lagi orang kata apa, sebab dia sedar memang kita hina dan tiada apa-apa.

Waktu malam dia selalu menangis dan saya tidak pernah lihat orang yang lebih merendahkan diri di depan Allah lebih darinya. Dia doa Ya Allah kau kutip saya dari lubang najis, saya najis yang busuk dan kotor. Bahkan lebih busuk dan kotor dari semua najis. Ya Allah terima kasih ambil aku yang kotor ini dan jadikan aku khadam pada orang yang berbuat baik.

Dia khidmat pada mak ayahnya macam hamba. Dia seronok dan senyum dan tidak langsung mengeluh. Mak dia nak apa-apa ,dia berlari dapatkan. Dia betul2 buat saya belajar pasal anak soleh.

Dia baca Quran tak sedap, tapi asyik menangis sepanjang baca Al-Quran. Bukan dia, kalau tak menangis baca AL-Quran.

Sehingga dia khidmat mak ayahnya macam raja sehingga keduanya meninggal.

Satu hari saya dapat berita kawan yang saya sayang itu meninggal dunia dalam keadaan sangat baik dan khidmat masjid.

Saya rindu nak dengar nasihatnya. Orang seperti ini boleh khidmat mak ayahnya. Bagaimana kita yang belajar tinggi2, penceramah agama, Daie Allah, hidup di bandar-bandar. Jangan sombong. Jangan lupa diri. Jangan lupa doakan mak ayah kita.

Di akhirat seorang anak akan diminta baca Al-Quran di atas mimbar, setiap ayat dia baca, mak ayah dia akan naik tingkat demi tingkat dalam syurga. Tempat terakhir mak ayah kita ialah ayat terakhir yang kita baca. Janganlah lupa banyak baca Al-Quran. Untung mak ayah yang anak rajin baca AL-Quran. Malangnya mereka yang anak sudah lupa baca Al-Quran sebab hanyut dengan dunia-ebit lew

Friday, September 27, 2013

KU HADAPKAN WAJAHMU HANYA PADAMU YA ALLAH

 KU HADAPKAN WAJAHKU HANYA PADAMU YA ALLAH



"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)."

Surah Al An’am, Ayat 79

Ya Allah..
ku basahkan wajah dengan wudhu..
agar suci hatiku..
ku basahkan mataku dengan air mata taubat..
agar terhapus segala dosa..
ku basahkan lidahku dengan zikrullah..
agar hatiku kan menjadi tenang..

Ya Allah..
kami datang lagi tanpa jemu..
kami datang membawa rindu..
kami datang dengan rasa malu..
kami datang ingin mengadu..

Ya Allah..
kami datang bersama dosa..
dosa yang tidak kami sengaja
dan dosa yang kami sengaja..
dosa yang kami ketahui..
dan dosa yang tidak kami ketahui..

Sesungguhnya ya Allah..
kami datang untuk bertaubat padaMu..
kami datang memohon keampunanMu..
kami datang mengharap rahmatMu..
kami datang meminta redhaMu..

Ya Allah..
andai Kau tidak sudi lagi memandang kami..
harus kemana lagi wajah ini ingin ku palingkan..
andainya tiada keampunan lagi buat kami..
apalah ertinya kehidupan ini ya Allah..
andainya Kau sudah tidak sudi mendengar kami..
pada siapa lagi tempat kami mengadu ya Allah..

Ya Allah..
hamba datang berserah diri..
padaMu tempat kami bergantung..
Tiada Tuhan melainkan Engkau ya Allah..
yang Maha Pengasih yang Maha Penyayang..
Segala puji bagiMu.. Tuhan semesta Allah..
Terimalah taubat kami ya Allah..

Aminn Ya Rabbal Alamin..