Wednesday, October 19, 2011

Umar R.A Berkata

Umar R.A. berkata :

1- Aku telah memperhatikan semua teman, namun tidak ada teman yang lebih utama daripada memelihara lisan.

2- Aku telah memperhatikan semua pakaian, namun tidak ada pakaian yang lebih utama daripada memelihara warak.

3- Aku telah lihat semua harta, namun tidak ada harta yang lebih utama daripada sifat Qanaah ( bersyukur dengan apa yang Allah SWT kurniakan) .

4- Aku telah melihat semua kebaikan, namun aku tidak melihat yang lebih utama daripada ikhlas dalam beramal.

5- Aku telah melihat semua makanan, namun aku tidak melihat yang lebih nikmat daripada sabar.

~~ Siapa Kita ????



Sedarilah bahwa semua yang ada dalam diri saya terjadi kerana ALLAH dan maka kesedaran selanjutnya adalah semua yang ada dalam tubuh kita bekerja kerana izin ALLAH, mata tak dapat melihat tanpa redha ALLAH. telinga kita tak dapat mendenger jika ALLAH tak redha, jantung kita tak berdetik ketika ALLAH menghendaki tak berdetik, dan berdetik hanya jika ALLAH izinkan, paru paru kita mampu menampung ok...sigen kerana ALLAH redha sang paru paru bekerja tanpa redha atau izin ALLAH mustahil paru paru kita mahu bekerja.

Demikian juga dengan jiwa, semua rasa atas kehendak ALLAH, patah hati atas izin ALLAH. ALLAH juga yang akan beri pengganti, diberi penyakit juga atas redha dan izin ALLAH kan hanya ALLAH yang mampu mengangkat penyakit ini, jika semua diatas terjadi kerana izin ALLAH maka dibolehkan kesedaran bahwa ALLAH tidak pernah mendzalimi hambaNYA, DIA hanya memberikan yang terbaik.

Ertinya siapa kita? Kita adalah milik ALLAH yang tiada daya dan upaya tanpa kehendak ALLAH jua…



~~ BILA PEREMPUAN MENANGIS ~~


BILA PEREMPUAN MENANGIS

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan ...menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...






By: Saya rela undur diri untuk lihat dia bahagia..


** Sekadar kita berkongsi bersama ... Tp?? Jika audra ... Audra akn mendiamkan diri dan tidak akan berkata apa2 walau sepatah pun sbb audra tidak mahu meyakitkan hati mana2 hamba Allah yg ada di dunia yang bersifat sementara ini ... Audra akan tetap Doakan mereka :) .. kan bagus mcm tu kan heheheh :) ... Cry?... Just for Allah ... :) .. Smile always ok ..

Tuesday, October 18, 2011

~~ WAHAI ADAM DAN HAWA ~~


~ WAHAI LELAKI ~
Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu
•• Bawalah dia ke ja...lan Allah
•• Nasihatilah dia
•• Perbetulkan kesilapannya
... •• Jagalah dia dgn baik
•• Kasihanilah dia
•• Lindungilah dia
•• Berilah kasih syg padanya
•• Hargailah dia
•• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
•• Bersabar dengannya
•• Terimalah & cintailah kekurangannya
•• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya




~ WAHAI PEREMPUAN ~
Jika benar kau kasih & cintakan lelaki itu

•• Setialah kepadanya
•• Hormati kepadanya
•• Mencintainya sepenuh hati
•• Berlaku jujur kepadanya
•• Sentiasa disisinya
•• Hargailah dia
•• Jagalah maruahnya
•• Bersabar dengannya
•• Terimalah & cintailah kekurangannya
•• Jadi seorang ibu yang mithali kepada anak2nya


~~ Bersangka Baik ok :) .. ~~~




Kalau benar, katakan..
Kalau ragu, diamkan saja..
Kalau tak tahu, selidik..
Kalaupun tertindas, bersabarlah..

... "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang" [Al-Hujurat,49:12]

Hanya Allah yang Maha Tahu.

~~ Aku Cintai Allah .. ~~


Ya Allah..
Seringkali diri ini alpa dariMu,
Tapi,
Tetap saja Engkau di sisiku,
Tetap saja Engkau menyayangiku,
... Tetap saja Engkau mengasihiku..
Ya Allah..
Malu aku berdepan denganMu..
Walau aku jauh dariMu,
Engkau tetap memudahkanku,
Engkau tetap menunjukkanku jalan,
Engkau tetap memberiku ruang..

Ya Allah..
Ampuni diri ini..
Aku mahu sentiasa terus dekat denganMu,
Supaya Engkau bertambah-tambah dekat denganku..
Aku mahu sentiasa terus mengingatiMu,
Supaya Engkau tetap mengingati diri yang lemah ini..
Aku tak mahu Engkau hilang dariku..
Malah, aku pasti, aku takkan mampu hidup tanpaMu..
Ya Allah..
Aku cintakanMu,
Jangan biarkan aku menjadi buih-buih,
Yang hilangnya begitu mudah,
Yang hidupnya tanpa amal yang sebaiknya di sisiMu..

Ya Allah..
Cintailah aku..
Redhailah aku..

cukup bagiku - opick







Cukup Allah Bagiku dalam aku melakukan sstu di dunia nya yg semntara ni ... :)

Muhasabah Cinta - edCoustic

Tuhan berikan aku cinta-ayushita[lyrics]



Allah sentiasa berikan cinta kepada Hamba2nya yg meminta dan memohon kepadanya .... Mencintainya adalah hakiki ... :) ...

Sigma - Istikharah Cinta + Lirik Lagu




Aku akan sentiasa ISTIQARAH dalam memohon kepada Allah agar berikan apa yang dia telah TETAPKAN .... Insya Allah aku akan menantinya JAwapannya .... Amin ... Mohon Allah berikan hidayah kepada doa kami .. :) .. Amin

wanita~ de hearty




Sebuah Lagu yang penuh dgn Penghayatan mengenai seorang wanita di dunia ni... Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki itu ....Wanita akan dihargai oleh adam yg menghargainya... hati wanita bukan utk disakiti tp utk di sayangi.. :) ..

7 Golongan


“7 golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:

1. pemimpin yang adil,

2. pemuda yang tumbuh dalam [ketaatan] beribadah kepada Allah ta’ala,

3. lelaki yang hatinya bergantung di masjid,

4. dua orang yang saling mencintai kerana Allah; mereka berkumpul dan berpisah kerana-Nya,

5. lelaki yang diajak oleh seorang perempuan kerkedudukan dan cantik [untuk berzina] akan tetapi dia mengatakan, ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allah’,

6. seorang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya,

7. seorang yang mengingat Allah di kala sendirian sehingga kedua matanya mengalirkan air mata (menangis).”

(HR. Bukhari dan Muslim )

JANGAN SIAKAN MASA LUANGMU


JANGAN SIAKAN MASA LUANGMU

“ Demi MASA, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal salih dan mereka pula saling memberikan pengajaran tentang kebenaran dan kesabaran.
[Al-'Asr : 1-3]
...
Firman Allah SWT jelas memberi amaran, sia-sia hidup sesiapa yang tidak pernah memanfaatkan masa yang terluang tanpa mengerjakan sesuatu perkara yang berfaedah.

Perlu diingatkan, jangan dipersiakan peluang yang ada. Jadilah manusia yang bijak dalam menguruskan masa dan sentiasa mencari peluang untuk:
-> MENAMBAH ILMU DUNIA
-> MENAMBAH ILMU AKHIRAT
kerana dengan ilmu, seseorang akan dapat menemui kejayaan.

“KEJAYAAN itu bukan destinasi, ia adalah satu perjalanan.”

** Pesanan untuk golongan muda :
" Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa tetapi Allah lebih mencintai REMAJA yang bertaqwa. "
[Saidina Ali.]

~~ “ Wanita SOLEHAH adalah seindah hiasan duniawi & ukhrawi “ ~~


“ Wanita SOLEHAH adalah seindah hiasan duniawi & ukhrawi “


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, wanita yang memberi mi...num susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

“ Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. "
(Hadis Riwayat Ahmad)

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Punca Segala Bencana


Punca Segala Bencana

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:”Keran...a inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”

(Muslim)

Huraian:

Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: "Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!' Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: (1) Apa yang dimakannya lalu habis. (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat. Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain". (Muslim)


Amalan ..



“Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.
Jika Aku telah mencintainya, maka Aku akan memberi petunjuk pada PENDENGARANNYA yang ia gunakan untuk mendengar, memberi petunjuk pada PENGLIHATANNYA yang ia gunakan untuk melihat, memberi petunjuk pada TANGANNYA yang ia gunakan untuk memegang, memberi petunjuk pada KAKINYA yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Aku mengabulkannya dan jika ia memohon perlindungan, pasti Aku akan melindunginya.”
(HR. Bukhari )

~~~ TERIMA KASIH + THANK YOU ~~~




Berterima kasihlah pd org yg telah MELUKAI hati mu krn dia telah membuat hatimu kuat.

Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBOHONGI mu krn dia membuat hidup mu makin bijaksana.

Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBENCI mu krn dia yg mengasah ketegaranmu.

Dan berterima kasihlah pd orang yg telah MENYAYANGI mu krn itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu.... :)

~~~~ BEST FRIEND ~~~~


BESTEST FRIEND !

When I cry you help me out
When I'm happy you hear me shout
When I grin you know I'm really mad
... You can tell when I'm sad







You're there in thick and thin
You hear me when I want to talk
You help me out when I get mad





You're the light in my day
You are the moon in my night
You shine very bright
You are the bestest friend I have...


DOA LIHAT CERMIN




doa lihat cermin
Ada ke makhluk yang bernama MANUSIA tak pernah tengok cermin?? Mustahil kan. Kadang-kadang lebih daripada 20x dalam sehari kita tengok cermin. Waktu tengok cermin tu, sebenarnya apa yang patut kita buat? Kenalah berdoa kerana ALLAH jadikan wajah kita cantik, sempurna sangat tiada cacat cela.

Tanda syukur, kita kenalah berdoa ^^
” Ya Allah, sebagaimana Engkau telah mengelokkan kejadianku, maka elokkanlah juga akhlakku. “
amin...

~~~ DOA NAIK MOTOKAR / kenderaaan ~~~




DOA NAIK MOTOKAR / kenderaaan

Diriku 'terkesima' apabila terdengar anak my cousin yang baru berumur 5 tahun baca doa ini sebaik sahaja dia berada dalam kereta. Hati kecilku berbicara, " budak sekecil dia pandai baca doa sebelum mulakan perjalanan, bagaimana dengan diriku yang dah suku abad ni?? " [Az-Zukhuf : 13-14]
Saya ingin menasihati DIRIKU ini dan sahabat-sahabat di luar sana supaya mengamalkan doa ini sebelum kita memulakan perjalanan, supaya perjalanan kita mendapat 'keberkatan' dan perlindungan-NYA.