Tuesday, December 16, 2014

DOA, DOA DAN DOA LAGI

Dalam menjalani kehidupan di dunia ini, pelbagai masalah dan musibah datang menerjah hati dan jiwa kita. terutama kita kaum hawa yang sentiasa bermain dengan emosi dan khalayan minda yang panjang dengan pelbagai sangkaan bertimpa-timpa.
Situasi ini tidak dapat tidak akan menyulitkan keadaan dan sentiasa menimbulkan keresahan hati dan jiwa yang sengsara.
makin banyak difikir, disangka dan dikenang, makin sulit kehidupan.
apa yang kita sangka, itulah kenyataan yang akan kita hadapi.
kerana Firman Allah swt,’ AKU adalah sebagaimana sangka hambaKU’.
bila sangka datang sekali dengan emosi, sangkaan itu cepat sekali jadi hakikat kerana sangkaan itu melibatkan hati.
sesuatu yang datang dari hati, cepat sungguh dimakbulkan ALLAH swt.
kerana itu doa yang datang dari hati dengan kekuatan rohani yang tinggi adalah doa yang sangat maqbul.
dan inilah hakikat rawatan kerohanian.
malangnya, apabila sangka beserta rasa dari hati membuatkan masalah menjadi semakin rumit dan hati menjadi buntu.
kebuntuan hati memaksa kita merasa seolah tiada jalan keluar, dunia sangat tidak adil dan bagai.
hati akan penuh zulmat dan kita tidak nampak ALLAH swt.
bagaimana mahu nampak ALLAH sedangkan hati kita gelap tanpa cahaya.
kerana itu kita perlu jalan keluar, perlukan cahaya.
cahaya yang paling terang bersinar adalah cahaya dari ALLAH swt sendiri.
kita mesti mencari ALLAH. cari dengan ilmu.
doalah dengan ALLAH swt. doa dari hati.
doa dengan yaqin.
doa dengan merayu-rayu.
doa berulang kali, lagi dan lagi.
andai telah disoa, telah diikhtiar, keadaan masih tidka berubah, maka itulah kehendak ALLAH, lalu kita redha dari hati.
hati yang yaqin, walau kita nampak keadaan diri kita buruk , tidak adil, menjadi mangsa, teraniaya, tetapi ini kehendak ALLAH swt.
lalu kita yaqin, inilah yang terbaik untuk kita kerana ALLAH swt adalah Yang Maha mengetahui, Maha Adil, Maha Bijaksana mengatur urusan hambaNYA.
mana mungkin taqdirNYA buruk. mana mungkin taqdir NYA zalim.
inilah yang terbaik untuk kita. maka kita sabar.
dan sabar itulah yang terbaik untuk kita.
carilah damai dengan ilmu.
Wallahualam....

From: My Friend facehawa....

ITULAH DUNIA

Saat mana hati kita tersentap. tika mana jiwa kita terluka dengan luka yang sangat dalam, bila mana hati kita jatuh berderai bak kaca terhempas ke batu,…
saat itulah kasih Allah sangat besar pada kita.
itulah saat pembuka jalan , saat penentuan jalan yang mana akan kita bawa diri kita.
sama ada kita terus hanyut dalam fatamorgana dunia yang fana ini atau kita mampu membawa kaki kita melangkah ke jalanNYA yang lurus dan diredhoi.
hati nan sekeping, bila sentiasa dibuai bahagia, hanya sekali sekala disengat sendu, tidak akan mampu memecahkan tembok kepalsuan dunia.
hanya apabila hati itu tersentap hebat, jatuh berkecai dan tidak mampu disambung kembali baru hati tercari2 jalan keluar.
baru diri tertatih2 mencariNYA.
baru nampak betapa dunia ini tidak adil.
kita sentiasa kejar dunia, kejar isinya, kasih dan cinta insan pelakon di dalamnya, berkorban jiwa dan raga mencari dan mengumpul harta dan bagai, tetapi dia , dunia itu, sewenang2nya meninggalkan kita, sewenang2nya menghancurkan hati kita, dengan mudahnya beralih arah. dengan cepatnya melupakan segala jasa dan penat lelah yang telah kita korbankan. senang sekali meletakkan kasih dan sayangnya kepada yang lain.
itulah dunia.

USAH BERSEDIH , TERSENYUMLAH :)

USAH BERSEDIH
1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...
2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...
3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.
4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.
5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.
6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...
7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.
8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...
9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...
Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...
Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"..
 Khairul Azhar

Monday, December 15, 2014

BERMULA DENGAN NIAT LILLAHI TA'ALA...

"Ramai berlumba-lumba nak jadi ‘SOLEH SOLEHAH’
tapi sayang, niat bukan kerana ALLAH,
tetapi niat semata-mata untuk mendapat pasangan yang ‘SOLEH SOLEHAH’..
Ruginya kita...
kerana dunia, kita berubah..
kerana dunia, kita usaha..
kerana dunia, kita berkorban tapi tidak bertunjangkan Lillahi Ta’ala..
Alangkah ruginya kita kerana tidak berusaha untuk cuba rasai nikmat CINTA ALLAH..
Tetapi hanya cinta makhluknya yang kita dambakan..
Rugi, serugi, ruginya..!
Muhasabah bersama..
:: Betulkan niat hanya kerana ALLAH ::

DIRIMU, DIRIKU DAN SEMUA

Untuk diriku, dirimu dan kita semua… ini satu pesanan ringkas dariku:
Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika dihalang… Mengapa?
Fikiran si anak yang masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu. Si anak hanya tahu hendak main sahaja, tanpa mengetahui bahayanya bermain di tepi tangga. Jangkauan fikiran sianak masih cetek dan pendek. Sebaliknya, siibu yang melarang dan menegah sudah nampak bahaya yang bakal berlaku.
Satu ketika yang lain, sianak sakit. Siibu menyuapkan ubat. Anak meluahkannya semula. Pahit. Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat. Sianak masih berdegil, lalu siibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas.
Begitu kita dengan Allah (walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh). Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak.
Namun contohilah orang beriman. Apabila Nabi saw menyampaikan perintah Allah, para sahabat akan terus berkata, “kami taat dan kami patuh” walaupun adakalanya perintah itu sangat sukar dan pahit. Dan apabila berlaku satu musibah, para sahabat akan berkata, “telah berlakulah janji Allah.” Mereka bukan insan tanpa perasaan dan fikiran, tetapi apabila iman mendominasi hati, fikiran dan perasaan dipaksa tunduk kepada ketentuan Ilahi.
Bila datang perintah, orang beriman akan memberi respons yang telah digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Hanyasanya ucapan orang beriman apabila diperintahkan melakukan sesuatu ialah kami dengar, kami taat.”
Manakala apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata:
“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”
Mereka yakin setiap perintah Allah seperti solat, puasa, sabar dan sebagainya itu semuanya bermaksud baik belaka. Dan mereka juga yakin setiap musibah seperti kematian, kesakitan, kegagalan, kemiskinan dan sebagainya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Justeru, jika kita ingin menteladani mereka, paksalah diri supaya akur dengan setiap perintah dan menerima dengan sabar setiap musibah. Yakinlah, bahawa Allah swt inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat kita dengan segala perintah dan musibah-Nya.
Namun begitu, mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh pada perintah dan tidak sabar dengan musibah? Ini semua kerana kurangnya ilmu dan lemahnya iman. Dengan ilmu kita sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman kita boleh menteramkan hati dengan mengingati Allah. Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.”
(HR Ibnu Majah (no: 1597)
Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?
Alangkah malangnya sianak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya… Namun lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang “dihadiahkan” oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu.
Justeru, jika sekarang aku, kau dan kita dilanda musibah… cubalah tersenyum (walaupun pedih amat), kenang-kenangkan bujukan Allah. Mudah-mudahan kita mendapat jannah (syurga) di sebalik musibah ini! Amin.

From: My Friend Facehawa... 

Sekadar berkongsi bersama.... 

Sunday, November 30, 2014

KADANGKALA......

Kadangkala,
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.
Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.
Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.
Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.
Dan kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas),
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadaNya.
Dan ada juga ketikanya,
Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.
Subhanallah,
Nikmat Allah itu luas.
Kadangkala,
Tidak terjangkau dek akal fikir,
Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya,
Lalu tinggal kita yang harus memilih,
Mahu menjadi orang biasa-biasa,
Atau menjadi Hamba Allah yang luar biasa,
Yang lebih kaya hati dan jiwanya berbanding emosinya

Ustaz Ebit Lew - Tangisan Umat 06-04-2014

Tuesday, November 18, 2014

7 HAL

Dari Abu Dzar RA., ia berkata: “Kekasihku (Rasulullah) Shallallahu ‘alaihi wa sallam berwasiat kepadaku dengan tujuh hal:
(1) supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka,
(2) beliau memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku,
(3) beliau memerintahkan agar aku menyambung silaturahimku meskipun mereka berlaku kasar kepadaku,
(4) aku dianjurkan agar memperbanyak ucapan lâ haulâ walâ quwwata illâ billâh (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah),
(5) aku diperintah untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit,
(6) beliau berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah, dan
(7) beliau melarang aku agar tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia”.
Hadits ini diriwayatkan oleh imam-imam ahli hadits, diantaranya adalah Imam Ahmad, Imam Ath Thabrani, Imam Ibnu Hibban, Imam Abu Nu’aim, dan Imam Al Baihaqi.

Friday, November 14, 2014

Doaku - HATIKU Berbicara DENGANNYA.



ُِSalam pagi Jumaat 21 Muharram 1436H,
14 November 2014. 
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu, berikanlah kami kekuatan, taufiq dan hidayah supaya dapat kami memperbaiki diri kami.
Ya Allah dorongkanlah kami untuk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami serta amalan baik kami.
Ya Allah kurniakanlah kami rezeki yang halal, temukan kami dengan jodoh kami yang telah ditentukan di LohMafuzMU Ya ALLAH, rumahtangga yang bahagia , zuriat yang soleh, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar dan keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.
Ya Allah panjangkanlah umor kami, sihatkanlah badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kejahatan dan tunaikanlah hajat kami, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa keatas setiap perkara.
Ya Allah sesungguhnya kami memohon kepada Mu kebaikan, kemenangan, keberkatan dan petunjuk Mu pada hari ini.
Ya Allah kami juga memohonn perlindunganMu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.
Ya Allah, anugerahkan kami sebuah hati yang tidak pernah membenci, senyuman yang tak pernah pudar, sentuhan yang tak pernah menyakiti, kejujuran yang tidak pernah berhenti, dan sebuah hati yang mudah memaafkan.
Ya Allah, perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini Ya Allah, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Engkau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya Ya Allah.
Ya Allah kurniakan kami keselamatan dan kesihatan yang baik. Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar. Ya Allah berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat dam masukkan kami ke dalam syurga Muَ َ
Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah. 
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.b
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن َ

KHAS UNTUK PARA WANITA SAHABATKU SEKALIAN..

Khas utk para wanita sahabat ku sekalian...
"Ketika Allah
menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???"
Allah menjawab:
"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?"
Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".
Malaikat menjawab dgn takjub,
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"
Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"
Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."
"Untuk apa???", tanya malaikat.
Allah melanjutkan,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,
Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis,
menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,
Diaa gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,
Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,
Tapi dia mampu mengatasinya.
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.
Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
"CINTANYA TANPA SYARAT".
Allahuakbar... specially dedicated to semua wanita-wanita...kamu begitu berharga..

Friday, November 7, 2014

BEGINILAH CARAKU MENCINTAIMU

BEGINILAH CARA MENCINTAI PASANGAN ANDA.

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... 
Assalamualaikum waramartullahi wabarakatuh.... sahabat sekalian... 



Ada kekasih yg membuktikan cintanya dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan, Ada pula yang dengan sikap yang penuh dengan  kasih sayang ...

Tak sedikit dengan pengorbanan yg meluluh lantakkan harga diri
Ada pula dengan menguras tenaga dan material ...

Namun bagiku, aku mencintaimu dengan menundukkan wajahku padamu, bukan kerana ku ingin berpaling darimu,..Tapi kerana ku ingin menjaga pandanganmu dari panah-panah iblis ...

Ku mencintaimu dengan tidak melemah-lembutkan suaraku padamu, bukan kerana aku ingin menyakitimu namun kerana aku ingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yg menipu ...

Ku mencintaimu dengan menjauh darimu ..
Bukan kerana aku membencimu, namun kerana ku ingin menjagamu dari khalwat yg menjebak ...

Ku mencintaimu dengan menjaga dirimu dan diriku, ..
Menjaga kesucianmu dan kesucianku, ..
Menjaga kehormatanmu dan kehormatanku, ..
Menjaga kebeningan hatimu dan hatiku ...

Cinta ...

Tak mengapa saat ini kita jauh, kerana kelak Allah yg akan menyatukan kita dalam ikatan suci-Nya ...
Kerana itu jauh lebih berarti, ..
Jauh lebih abadi, ..
Kerana aku yakin janji Allah adalah pasti, ..
Wanita yg baik untuk laki-laki yg baik. ..

Seperti inilah ku mencintaimu dengan menjaga kesucian diri, .. jiwa dan hatiku hanya untuk ku persembahkan padamu kelak ...

Oleh kerana itu cinta ...
Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku ...

Ya Rabb ...
Pada-MU ku titipkan cintaku padanya ....


Wallahu a'lam bishshawab, ..
... Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ..




Friday, May 23, 2014

ALLAH ALWAYS THERE

Allah Always there..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
Ya Allah sesungguhnya kau lebih mengetahui segala sesuatu.. Mungkin aku kerap disisihkan, mungkin aku kerap diasingkan dari kawan-kawan ku yang dahulunya berkongsi hilai tawa dan kegembiraan. Namun aku kini sedar sampai bilakah hilai tawa ini akan kekal? Hidup kita didunia bukan sekadar mengecapi rasa gembira dan rasa selesa. Kehidupan tidak ubah seperti Azan dan Iqomat..

Mungkin mereka sibuk mengejar hiburan Dunia, Tetapi aku tahu Hiburan diakhirat sana lebih berkat dan lebih selesa dari didunia ini.. Mungkin mereka sibuk mengejar perempuan didunia, Tetapi akau tahu jodoh dan pertemuan itu semuanya telah dirancangkan sejak anak adam itu lahir kedunia.. Kadang-kadang rasa seronok melihat mereka ada tempat meluahkan rasa rindu, rasa sayang dan rasa cinta..

Tetapi aku tahu aku ada engkau Ya Tuhan ku.. Tuhan yang tidak perlukan pembohongan, Tuhan yang tidak mengecewakan dan tuhan yang kekal abadi.. Sesungguhnya rasa takut dalam diriku ini lebih tebal dari rasa aku ingin bercinta tanpa ikatan yang sah.. Mengapa perlu mendekatkan diri kita kepada kezinaan sedangkan mendekatkan diri kearah keberkatan-Mu Ya Allah lebih manis dari cinta seorang manusia..

Ya Allah sesungguhnya aku lebih rela berada dalam keadaan terasing daripada berada dalam kalangan mereka yang lalai dan jauh dari padamu, Aku rela terasing dari mengejar kesenangan dunia yang berlebihan, Aku rela terasing melihat mereka meraikan kegembiraan dan mengapai cita-cita yang tinggi, Aku rela terasing daripada melihat mereka berlumba-lumba mengejar kesenangan dunia dan mengejar kewangan yang entah sampai bila akan kekal.. Kerana sesungguhnya aku lebih takut akan balasan akhirat, aku lebih takut akan kekuasaanmu dan akau lebih patuh kehendak dan jalan yang telah kau rancang buatku..

Dalam keterasingan, Doaku tidaklah pernah putus buat rakan-rakanku, Mungkin masa mereka belum tiba, Tetapi doa ku panjatkan dalam setiap tidurku agar meraka dapat kembali meniti jalan yang lurus, Jalan orang yang diberi nikmat bukan jalan orang yang dimurkai dan jalan orang yang sesat.. Dalam tangisan aku merintih dan mengakui kesilapan dan kehilafan ku yang sudah lepas mahupun yang terkemudian.. Dalam tangisanku aku merintih agar kami semua dilepaskan dari siksa neraka dan tempatkanlah kami di samping orang-orang yang beriman kelak.. Insya'Allah..

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini

SABAR KECANTIKAN ROHANI

SABAR KECANTIKAN ROHANI 

- Boleh dikatakan setiap manusia berkeinginan supaya kelihatan cantik dan tampan. Kebiasaannya untuk mencantikkan diri, mereka menggunakan alat kecantikan. Cukupkah kecantikan dan ketampanan luaran (jasmani) saja tanpa dihiasi kecantikan dalaman (rohani)?

Aspek penampilan luaran tidak memadai jika tidak dihiasi kecantikan dalaman. Malah, Allah سبحانه وتعالى tidak mengambil kira aspek penampilan luaran dalam menilai sama ada seseorang itu baik atau sebaliknya.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: 

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras (penampilan) dan harta benda kamu, tetapi (Dia) melihat kepada hati dan amalan kamu.” (Riwayat Muslim dan Ibn Majah)

Jelas di sini seseorang manusia itu lebih kelihatan cantik dan tampan jika penampilannya dihiasi kecantikan dalaman (akhlak). Terdapat pelbagai jenis kecantikan dalaman dan salah satu daripadanya adalah menghiasi diri dengan sifat bersabar.

Sabar adalah suatu mujahadah mendidik nafsu yang berada dalam diri seseorang. Apabila nafsu berjaya dididik dan sifat sabar berkembang dalam diri, maka dia akan mendapat nikmat ketenangan daripada Allah سبحانه وتعالى. Apabila diri tenang, setiap perkara dilakukan kelihatan cantik dan tersusun.

Kesabaran diterima Allah سبحانه وتعالى adalah sabar setelah mendapat sesuatu ujian. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم: 

“Sesiapa yang redha di atas kematian tiga orang anaknya, baginya satu benteng yang kukuh daripada api neraka. Bertanya Abu Zar: Ya Rasulullah, aku telah redha di atas kematian dua orang anakku. Jawab Nabi صلى الله عليه وسلم: Ya, walaupun dua orang. Selepas itu, bertanya pula seorang sahabat bernama Ubai bin Ka’ab: Ya Rasulullah, aku telah redha di atas kematian seorang anakku. Jawab Rasulullah صلى الله عليه وسلم: Ya, walaupun seorang, tetapi dengan syarat ganjaran itu akan diperoleh mereka yang sabar ketika mula-mula ditimpa musibah.” (Riwayat al-Tirmizi)

Selain itu, kisah sabar ini boleh dilihat daripada kisah Ummu Salamah yang diuji dengan kematian anaknya. Dia redha dan hanya mengharapkan ganjaran Allah سبحانه وتعالى semata-mata dengan pemergian anaknya itu.

Kesabaran itu juga membolehkan Ummu Salamah tenang menyiapkan segala persiapan untuk persemadian anaknya. Dimandikan, dikafankan dan ditempatkan di pembaringan. Setelah suaminya pulang dan bertanya mengenai anaknya, dia hanya menjawab dengan tenang anaknya baik-baik saja dan melayan suaminya dengan baik.

Setelah itu, dengan penuh hikmah dia menceritakan kisah sebenar tentang kematian anaknya itu. Hasil daripada kesabaran yang ditanggung oleh Ummu Salamah dan suaminya itu, mereka dikurniakan anak-anak yang ramai. Semuanya menjadi orang yang alim.

Seseorang yang tidak sabar, sikap itu akan mudah terserlah terutama ketika menghadapi saat-saat sukar. Misalnya, ketika berada dalam kesesakan jalan raya, seseorang itu sering marah dan mencaci pemandu lain.

Tidak kurang juga yang mudah melenting apabila dirinya ditegur. Dia akan memarahi kembali orang yang menegurnya itu.

Seseorang itu akan kelihatan lebih cantik dan tampan jika sifat sabar ini tumbuh subur dalam diri. Ia bukan saja menyerlahkan kecantikan dan ketampanan, malah mendapat rahmat serta kasih sayang daripada Allah سبحانه وتعالى. Oleh itu, bersabarlah apabila diri dikhianati, disakiti dan dimarahi.

Saturday, January 11, 2014

PERINGATAN BUAT YANG BERGELAR "HAMBA"

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahat
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Allah
Dan dibumbungi dengan langit Allah
Serta menikmati rezeki dari Allah

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi segumpal daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta, dan keluarga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia..!