KENAPA SYIAH BERPUSAT DI IRAN?
Seperti yang kita ketahui, Iran adalah salah satu
negara Syiah terbesar di dunia. Iran terkenal
dengan sejarahnya iaitu ‘Revolusi Islam Iran’ yang
dipimpin oleh Ayatullah Khomeini, seorang
pemimpin besar Syiah. Namun, pernahkah kita
bertanya, “mengapa Syiah itu berpusat di Iran dan
tidak di negara lain?” Untuk menjawab persoalan
berkenaan, maka adalah seharusnya kita kembali
kebelakang, mengkaji sejarah masa lalu.
Iran merupakan negara yang dahulunya dikenali
dengan nama Parsi.
Parsi merupakan sebuah
kerajaan yang besar dimana majoriti penduduknya
menganut agama Majusi (penyembah api, atau
lebih dikenal sebagai Zoroasterisme). Kehidupan
mereka mewah dengan harta benda, kerana
sememangnya kota-kota di Parsi itu indah dan
subur, serta peradabannya cukup maju pada masa
itu.
Pada abad ke-7 Masihi, ketika cahaya Islam baru
sahaja menjadi satu kuasa besar dalam percaturan
kekuasaan di dunia, Islam tampil sebagai 'rising
star' dibawah pimpinan Umar Al-Khattab. Ketika
itu, Umar mengembangkan wilayah Islam sehingga
ke Parsi, dimana pada ketika itu Parsi bernama
Sassania. Pertempuran tentera Islam melawan
tentera Parsi yang dikenali dengan nama
peperangan Qadisiyah, diantara Saad bin Abi
Waqqash melawan panglima Parsi, Rustum. Parsi
akhirnya kalah. Peperangan demi peperangan
melemahkan lagi empayar Parsi sekaligus
membawa Kaisar Parsi di ambang kehancuran.
Akhirnya Empayar Parsi benar-benar runtuh dalam
Perang Madain pada tahun 651 Masihi.
Pada ketika itu, banyak kaum Majusi yang berpura-
pura memeluk agama Islam. Niat mereka hanyalah
satu : untuk menghancurkan Islam dari dalam.
Mereka menyusun rancangan demi meruntuhkan
kekuasaan kaum muslimin dengan cara
menyelewengkan ajaran Islam dengan mencampur
adukkan aqidah Majusi dan Yahudi. Dan antara
rancangan lain yang yang termasuk dalam strategi
melemahkan Islam adalah dengan pembunuhan
Umar Al-Khattab, Khalifah Islam yang telah
meruntuhkan empayar Majusi Kaisar Parsi. Hal
itulah yang menjadikan Syiah benar-benar benci
kepada Umar Al-Khattab. Kebencian yang terlalu
tinggi itu dipotretkan lagi apa bila mengagungkan
Abu Lu’luah (pembunuh Khalifah Umar) dengan
gelaran ‘Bapa Pembela Agama’
Sementara salah seorang puteri kaisar terakhir
mereka, iaitu Yazdegerd III telah menjadi tawanan
kaum Muslimin sejurus kejatuhan Kaisar Parsi.
Puteri Kaisar itu akhirnya dinikahkan dengan
Hussein bin Ali bin Abi Thalib. Maka, kerana ini
jugalah mereka begitu fanatik dan cenderung
‘mendewakan’ Hussein bin Ali, ekoran Hussein
memiliki keturunan dari puteri Sassania yang
mereka anggap sebagai keramat.
Disini terjawablah sudah mengapa Syiah berpusat
di Iran. Syiah adalah agama yang 'dilahirkan' bagi
membalas dendam kekalahan Kaisar Parsi terhadap
Islam. Syiah adalah simbol hasad dan kemarahan
kaum Parsi kepada bangsa Arab amnya dan kaum
Muslimin khasnya.
Dipetik dari Ayuh Sepakat Tolak Syiah.
No comments:
Post a Comment