Saturday, July 6, 2013

HATI MERAJUK...IMAN MEMUJUK....

HATI MERAJUK..IMAN MEMUJUK.......

Iman: Assalamu’alaykum `hati’..

Hati: Wa’alaykumussalam w.b.t..

Iman: apa khabar, murung je nampak kebelakang ni?

Hati: hmm… kurang baik lah wahai `Iman’..

Iman: mengapa? Wahai hati teman yang ku sayangi apakah yang menganggu mu? Ana melihat dirimu sentiasa ceria dan tenang selama ini, dan bukankah dirimu yang selalu memberi semangat pada ku?

Hati: Wahai temanku, ana bukanlah sekuat dan setabahnya Rasulullah yang sentiasa tersenyum tatkala musibah, ujian dan cemohan hadir. Ana tidaklah seperti yang enta sangka. Ana tidaklah setabah yang dirimu sangka, adakalanya ana menang menghadapai ujian dan terkadang ana juga kalah serta tewas pada ujian.

Iman: duhai `hati’ temanku yang tercinta, bukankah DIA matlamatmu?

Hati: Ya Benar `Iman’, DIA matlamatku..

Iman: Jadi, kenapa dirimu terus begini?

Hati: wahai sahabatku, ana maaf atas kerisauan enta. Ana tidak tahu kenapa? Kadang-kadang ana terasa ingin marah dan adakalanya ingin menangis dan adakalanya terasa tiada semangat untuk melakukan sesuatu perkara. Ana tidak tahu apa lagi harus ana perbuat? Ana buntu, ana tertekan. Wahai `Iman’ sahabatku sayang, maaf kerana terus begini.

Iman: Tidak mengapa hati, ana faham dirimu begini rupa. Janganlah dikau terus sedih dan bermuram durja sebegini rupa, tidak sanggup diriku melihatmu terus begini. Engkau adalah sebahagian dariku dan diriku adalah sebahagian darimu. `Hati’, ingatlah engkau selalu berkata pada diriku segala yang berlaku pada diri kita ada hikmahnya. Dan bukankah dirimu berpesan padaku yang Allah turunkan ujian pada kita adalah sebagai hadiah kepada kita dan juga tanda kasih-Nya pada hamba-Nya. Kita perlu terimanya dengan hati yang terbuka dan penuh ksyukuran. Wahai hati, apakah dirimu sudah berputus asa dengan Rahmat Allah?

Hati: Tidak! Tidak mahuku berputus asa pada Rahmat-Nya. Tanpa DIA siapalah diriku, tanpa DIA apalah nilaiku dan tidak mungkin dapatku hidup tanpa DIA.

Iman: Jadi, jangan kamu terus dalam keadaan ini, ingat kata-kata ini? “jangan mudah mengalah, ingat kamu tidak keseorangan, Allah bersama orang yang sabar”..

Hati: pesanan siapakah itu?

Iman: Lupakah dirimu, bukankah ini yang sering engkau ingatkan padaku? Ia tersemat dalam diriku.

Hati: Astagfirullahal ‘azim, lemahnya ana, terlupa akan apa yang dikatakan pada diri sendiri. Dan mudah sungguh ana lemah dek ujian. Memang benar wahai `Iman’, ana tidak pernah keseorangan, Allah sering melihat hamba-Nya, samada mereka sabar atau lemah atas ujian dari-Nya. Terima kasih `Iman’ kerana tidak pernah berhenti menasihati ana. Maaf atas sikap ana yang merisaukan enta.

Iman: Sama-sama. Tidak mengapa `hati’, bukankah kita teman. Kita sepatutnya saling berinteraksi dan menasihati agar masing-masing tidak lemah dengan ujian Allah s.w.t dan paling utama kita tidak lupa pada yang mencipta kita. betulkan?

Hati: Mmm… betultu `Iman’. Kita memerlukan antara satu sama lain. Dan apa yang paling penting adalah kita memerlukan Allah untuk hidup lebih dari kita memerlukan udara untuk bernafas.

Iman: (^_^)… Alhamdulillah. Gembiranya ana mendengar kata-kata itu kembali disebut olehmu wahai hati. Ana senang mendengar bila enta selalu menuturkan kata-kata itu. Ana harap enta istiqomah untuk menuturkan ia dalam setiap nafasmu.

Hati: InsyaAllah `diri’. Ana akan cuba.

Kesimpulan

Dalam hati kita perlulah selalu ingat Allah s.w.t. jangan kita biarkan ia sesekali diganggu oleh ‘semut’. Walaubagaimanapun iman perlu sentiasa dijaga, mengapa iman itu mutiara bagi hati, hati nestilah sentiasa berinteraksi dengan iman agar tidak lemah dengan ujian. Iman itu adalah kunci untuk meraih cinta Allah s.w.t. Iman itulah antara anugerah Allah yang paling besar kepada kita. oleh itu janganlah kita abaikan khendak keperluan Iman kita.

2 comments:

ساريده سنين said...

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan almubarak...

audralailiey said...

Waalaikumsalam Waramatullahi wabarakatuh.... :)


Salam Ramadhan Al Mubarak uhkty.. :)