Saturday, June 8, 2013

SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

erfikiran positif | Don’t let your luck escape by ~Kateey
Hati perlu tetap teguh dan jiwa harus tetap utuh, tidak boleh ada kata rapuh, jatuh atau bahkan lumpuh. Hidup terus berjalan, dan kita harus berusaha untuk menghadapinya dengan lebarnya senyuman.

Selalu Berfikiran Positif

Berfikiran positif akan membuat tubuh lebih sihat. Melihat segala sesuatu dari sudut pandang yang lebih membahagiakan. Contohnya fenomena  lewat kahwin, maka dia akan mengedepankan harapan – harapan positif dan menyingkirkan bayang – bayang negatif.
Berikit adalah 5 kelebihan orang yang selalu berfikiran positif, dari penulis K. Wardhanie


1. Berfikiran Positif: Melihat Masalah Sebagai Cabaran

Bandingkan dengan orang yang melihat masalah sebagai cubaan hidup yang terlalu berat dan membuat hidupnya jadi terasa paling sensara di dunia. Dia merasa tercabar untuk mengatasi sesuatu dengan tenaga yang dia miliki.
Dia merasa hidup ini adalah rentetan cabaran yang tidak akan pernah berhenti. Ketika cabaran itu sukar, maka dia akan berkata, “Ini memang sukar tapi kita dapat melakukannya.”
Dia mengkedepankan berita gembira daripada berita buruk.

2. Berfikiran Positif: Menikmati Hidup

Fikiran positif akan membuat seseorang menerima keadaan dirinya dengan besar hati. Apa yang ada pada dirinya adalah sumber motivasi luar biasa yang dapat menampung diri dan hatinya untuk tetap bertahan dalam keadaan apa pun.
Dia boleh saja untuk merasa longlai tidak bermaya, namun dia memilih untuk mensyukuri  apa yang ada dan kemudian mencuba bersikap yakin atasnya.
Dia tidak mudah terpengaruh oleh ejekan orang dan mencuba teguh berdiri menikmati hidup yang diamanahkan Allah kepadanya. Dalam konteks ini, memang akan ada banyak fitnah dan cakap orang tentang keadaan kita.
Sebaiknya kita tidak perlu tenggelam dan sibuk mendengar cakap orang tentang keadaan kita. Kerana sekencang manapun percakapan itu, tidak akan membantu keadaan kita.
Maka nikmati sahaja hidup ini dengan selalu berusaha dan tidak putus asa kerana Allah adalah tempat berharap yang paling utama.

3. Berfikiran Positif: Berfikiran Terbuka Untuk Menerima Saranan dan Idea

Selalu lebih memilih banyak mendengar dan lebih sedikit berbicara. Bersedia untuk dikritik dan selalu bersegera membenihkan diri. Apatah lagi apabila kita masih berusia belia, masukan dan nasihat yang bermakna akan sangat kita perlukan.
Tugas kita adalah mencuba berikhtiar dengan betul, menyandarkan hati pada Allah atas segala keputusan yang akan kita hadapi.

4. Berfikiran Positif: Segera Menghapuskan Fikiran Negatif

Memelihara fikiran negatif dapat diibaratkan membangunkan singa tidur. Fikiran – fikiran negatif nantinya akan membentuk peribadi – peribadiskeptikal, spesimis dan mengalah sebelum bersaing.
Daya saing seseorang menjadi sangat rendah. Kredibilitinya dipersoalkan dan dilihat sebagai tidak mampu dipercayai. Bila keadaan sudah seperti ini, maka tidak sama sekali akan menguntungkan. Maka abaikan dan hapuskan fikiran negatif yang bersarang di hati.

5. Berfikiran Positif: Mensyukuri Apa Yang Dimiliki

Merupakan sebuah kebahagian luar biasa, apabila kita lebih sibuk mensyukuri apa yang kita miliki dan tidak mencaci apa yang kita tidak miliki. Hidup ini adalah rentetan syukur tidak berkesudahan , bukan caci maki kufur nikmat yang tidak akan habis dikenang.

Apa yang ada di tangan lebih bererti daripada apa yang ada di pandangan. Angan – angan yang membayangkan hanya akan menyisakan harapan tidak  berkesudahan, sedangkan rasa syukur terhadap apa yang dimiliki dapat menampung jiwa untuk mejadi hamba Allah yang bersyukur.
Selalu melihat pada kesukuran hati dan tidak mendongak ke atas terhadap apa yang tidak kita miliki. Ini adalah masalah sejauh mana kita bersyukur, dan sejauh mana usaha kita menghindari kekufuran. Selalu sahaja ada nikmat yang tiada pada diri kita, dan selalu sahaja ada kekurangan yang kita miliki.
Mustahil untuk memiliki segala nikmat di dunia ini. Berhenti berangan dan lebih yakin dengan apa yang ada di tangan  sangat disarankan bagi hati hamba yang lemah seperti kita.

No comments: