PERTAMBAHAN...
- Melihatkan kerosakan akhlak dan budaya luar biasa mendedahkan aurat di kalangan gadis beragama Islam sangat menggerunkan dengan peringatan yang telah Nabi sebutkan tatkala di angkat ke langit pada malam Israk Mikraj.
“Aku lihat api neraka,... tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.” (HR.AL Bukhari)
Malah lebih membimbangkan bagi mereka yang sudah berumahtangga. Berhati-hatilah!
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”
Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”
Rasulullah SAW bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.
Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “
Rasulullah SAW bersabda : “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”
Hati terlalu bimbang hidayah yang telah Allah beri ditarik balik. Masakan tidak. Hakikat yang perlu diterima adalah alam universiti sangat berbeza dengan alam pekerjaan kerana, tidak dapat tidak, setiap individu pasti tidak dapat lari dengan serangan faktor persekitaran.
Budaya menggila berfesyen zaman moden bagai menunggu panggilan terakhir si Hari Kiamat.
"E'ehhh...tengok tu. Dulu pakai tudung bulat, skang pakai tudung lilit je"
"Tak sangka Kak Nur boleh berubah. Mane perginye tudung labuh akak? Dah makin pendek tudung akak. Dengan jeans ketat, mekap-mekap lagi."
Jika anda seorang pelajar, mahupun budak sekolah agama. Anda tidak perlu bangga dengan diri anda!
Jika anda adalah aktivis dakwah di kampus. Anda jangan pandang lekeh pada perubahan senior yang sudah bekerja!
Iman manusia seperti ombak. Pasang surutnya hanya ditentukan oleh Allah SWT. Kita hanya hamba yang hina lagi kerdil, sentiasalah berdoa kepadaNya.Usah mengeluh ataupun mepersoalkan keburukan kejadian setiap ciptaan Allah SWT. Lihat dan fikirlah dengan mata hati hikmah di sebalik penciptaanNya.
"Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi serta bersilih, gantinya malam dengan siang i...tu adalah tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang suka berfikir. Mereka itu ialah orang-orang yang selalu berzikir kepada Allah ketika berdiri, duduk ataupun berbaring sambil memikirkan kejadian langit dan bumi. Mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka lindungilah kami dari siksa api neraka." (Ali-lmran: 190-191)See More
Thursday, July 26, 2012
PERISTIWA WANITA KE NERAKA PADA MALAM MIKRAJ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment