KEHADIRANMU KU NANTI... Ku
mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan
sempurna Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa
yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan
semula Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintah NyaMoga dapat
ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada
henti-henti Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah
daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabarKita memohon pada Tuhan
diberikan kekuatanKu merayu pada Tuhan diterima amalan Selangkah demi
selangkah… Dengan rahmatMu oh Tuhanku… Ku tempuh jua... "Wahai
orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana
diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." Al-Baqarah
183 Wahai sahabat-sahabatku, terdapat tiga kategori manusia yang terhasil
daripada Madrasah Ramadhan 1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya
berbanding yang sebelumnya 2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding
yang sebelumnya 3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang
sebelumnya Agak-agaknya kita akan dimasukkan ke dalam kategori mana?
Alangkah berbahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama. Marilah
kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu
mempertingkatkan ibadah pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Jadikan
Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan
menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, insyaAllah. Selamat
menyambut Ramadhan al-Mubarak..1433H
No comments:
Post a Comment