KEPADA
MU WANITA...AGAR DIKAU BAHAGIA... ❤
Kepada setiap muslimah yang
rela&redha ALLAH SWT sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad
sebagai Rasulnya. Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan ALLAH SWT dengan
untaian kalimahnya dan menyucikan jiwanya. Kepada wanita yang bimbang dan
bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan ALLAH
SWT serta janji ...pahala yang besar dan terhapus segala dosa. Tidak ada
kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan
kecuali beriman kepada ALLAH SWT. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka
dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita
pilihan disisi Rabb-NYA. Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut,
kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka
dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang. Pada saat itulah
sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang
di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali
kepada ALLAH SWT.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari
keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan
batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan
memberikan manfaat kepada sekalian manusia. Jadilah engkau orang yang menjauhi
perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang
menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah
(pengajaran), diammu adalah berfikir. Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan
dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa
yang jujur dari semua makhluk, dan ALLAH SWT akan menjauhkanmu dari awan
kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah
berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian
yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan
bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan
istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat
Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula
mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan
tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan
para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya
Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.
WAALLAHUALAM:)
No comments:
Post a Comment