Wednesday, December 7, 2011

Ya akhi wa ukhti fillah,


Ya akhi wa ukhti fillah,

Tunjukkan selalu cinta mu pada saudara mu, berikan senyum terindah, jabat erat tangannya, peluk dengan penuh cinta bagaikan cintanya seorang ibunda kepada ananda serta katakan, "Inniy uhibbuka fillahi ta'ala, aku mencintai mu kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala," dan balas cinta saudara mu dengan senyum bahagia, jabat tangan erat, raih pelukannya seraya mengatakan, "Uhibbukal ladzi ahbabtani lahuu, aku mencintai mu sebagaimana engkau mencintai ku kerana-Nya."

Kejernihan wajahmu, sempurna bagai intan permata, di sanjung serta di hormati, bagai seorang permaisuri, kesederhanaanmu, lebih dari segala kekayaan dunia, ketakwaan dirimu, itu yang membelenggu hatinya, diammu, bagai emas bertaburan dalam setiap senyumnya.

Ya ALLAH…
... Dijalanmu kami berjalan, wanita sholehah sebagai tujuan
Memperbaiki diri sampai menemukan tambatan
Rencanakan dari semua perencanaan yang akan Engkau berikan
Dalam sujud kami selalu memohon ampunan
Untaian doa kami mengucap syukur yang tak dapat kami ungkapkan..
Dalam shalatku kami memohon keteladanan..

Ya ALLAH..
Semoga Hamba & para Wanita yang lainnya
Dapat Menjadi seorang Wanita Sholehah
Yang Dipagari dengan duri yang Tak Mudah Dipetik
Dan Kami selalu dapat mempercantik Akhlak Kami
Serta Menjaga Aurat Kami dg Baik

Aamiin Allahumma Aamiin Yaa Robbal'Alamiin.


BERCINTA DALAM ISLAM :-

1.) Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.) Menghormati maruah dan harga diri m...asing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.) Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.) Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.) Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

No comments: