Monday, October 17, 2011
~~~ SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA ~~~
Seorang cendikiawan berkata: "Kehidupan hati itu dengan empat ilmu iaitu:
•Ilmu
•Ridho
...
•Qana'ah
•Zuhud
Maka ilmu iaitu yang menimbulkan ridho dan ridho menyampaikan kepada qana'ah (teriman) dan qana'ah itu menyampaikan kepada zuhud bererti meremehkan dunia (tidak rakus kepada dunia). Dan zuhud ada tiga tingkat iaitu:
•Mengenal dunia dan meninggalkannya
•Ibadat kepada Allah s.w.t. dengan adab
•Rindu kepada akhirat dan berusaha mencapainya
Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Hikmat itu turun dari langit masuk kedalam semua hati kecuali hati yang ada empat macam iaitu:
•Yang condong kepada dunia
•Risau untuk hari esok
•Hasud kepada saudara
•Ingin kepada pangkat kedudukan
Yahya juga berkata: "Seorang yang sempurna akal iaitu yang berbuat tiga perkara iaitu:
•Meninggalkan dunia sebelum ditinggalkannya
•Membangun kubur sebelum dimasukkannya
•Mengerjakan apa yang diridhoi Allah s.w.t. sebelum menghadap kepadaNya
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Siapa yang menghimpunkan enam macam maka bererti telah benar-benar berusaha untuk mendapatkan syurga dan lari dari api neraka iaitu:
•Mengenal Allah s.w.t. lalu mentaatiNya dan mengenal syaitan laknatullah lalu menentangnya
•Mengenal hak lalu mengikutinya dan mengenal bathil lalu menghindarinya
•Mengenal dunia lalu mengabaikannya dan mengenal akhirat lalu berusaha untuk mencapainya
Ja'far Assadiq dari Muhammad Albaaqir dari Ali Zainul Abidin dari Alhusain bin Ali r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hai Ali, empat macam tanda celaka iaitu:
•Kering air mata
•Keras hati
•Cinta dunia
•Jauh angan-angan
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Andaikan dunia ini disisi Allah s.w.t. menyamai nilai satu sayap nyamuk maka tidak akan diberikan kepada orang kafir walau seteguk air."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment