Friday, December 9, 2011
Cara Solat Gerhana Bulan
CARA SOLAT Gerhana Bulan
Mengikut riwayat Bukhari dan Muslim, * dan diputuskan oleh mazhab Shafiei *. bahawa solat itu dua rakaat, setiap rakaat mempunyai dua qiam, dua bacaan Fatihah, dua rukuk, dan dua sujud. Jadi kesemuanya mempunyai empat qiam, empat bacaan Fatihah, empat rukuk, dan empat sujud.
*** perbezaan dengan solat-solat lain - (setiap rakaat ; dua kali qiam, dua bacaan Fatihah dan dua kali ruku’)
Lafaz niat (gerhana bulan):
أ ُصـَــلــِّى سـُــنـَّـة َ خـُــسـُــوفِ الـقـَـمـَــرِ
رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلــَّــهِ تـَــعـَــالـَـى
atau
أ ُصـَــلــِّى سـُــنـَّـة َ الـْـخـُــسـُــوفِ
رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلــَّــهِ تـَــعـَــالـَـى
Niat di hati: “Sengaja saya solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta ‘ala. ”
Lafaz niat (gerhana matahari):
أ ُصـَــلــِّى سـُــنـَّـة َ كـُــسـُــوفِ الـشـَّــمـْسِ
رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلــَّــهِ تـَــعـَــالـَــى
atau
أ ُصـَــلــِّى سـُــنـَّـة َ الـْـكـُــسـُــوفِِ
رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلــَّــهِ تـَــعـَــالـَــى
Niat di hati: “Sengaja saya solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta ‘ala. ”
Seterusnya:
1. Takbiratul Ihram
2. Baca doa Iftitah
3. Baca Fatihah
4. Baca surah atau ayat Quran
5. Rukuk – baca tasbih sebanyak-banyaknya
6. Iktidal
7. Baca Fatihah
8. Baca surah atau ayat Quran
9. Rukuk
10. Iktidal
11. Sujud – baca tasbih sebanyak-banyaknya
12. Duduk
13. Sujud kedua – baca tasbih sebanyak-banyaknya
14. Ulangi yang sama untuk rakaat yang kedua. Dan pada rakaat kedua, selepas tahiyat, tasyahhud dan salawat, diakhiri dengan salam.
Dalam solat ini, bagi orang biasa bacalah surah yang senang dan lancar.
Sebaliknya, jika anda hafal surah-surah berikut, silalah baca:
Surah as-Syams pada qiam (berdiri pertama rakaat 1)
Surah al-Lail pada qiam (berdiri kedua rakaat 1)
Surah Qul Hu (al-Ikhlas) pada qiam (berdiri ketiga rakaat 2)
Surah Qul A’uzu birabbil falaq (al-Falaq) pada qiam (berdiri keempat rakaat 2)
Sekiranya berjamaah:
Sunat diadakan khutbah gerhana menerangkan fakta kejadian gerhana dan mengaitkannya dengan kepercayaan kepada Allah. Menyarankan supaya umat Islam berpegang pada fakta ilmu pengetahuan yang betul, dan tidak percaya kepada khurafat dan kepercayaan karut. Memberikan penerangan kepada makmum supaya taat kepada Allah dan jangan membuat kerosakan di muka bumi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment