Monday, November 21, 2011

MENGAPA LEBIH RAMAI ORANG MENANGIS


MENGAPA LEBIH RAMAI ORANG MENANGIS apabila menonton filem@drama yang sedih-sedih di TV walhal semua orang tahu itu hanyalah lakonan bukan realiti tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang menangis ketika bersujud pada-Nya. Cuba tanya hati kita,adakah dia terlalu sombong,angkuh dan tidak memerlukan Tuhan? Mengapa ayat-ayat PENCIPTA kita tidak memberi kesan pada hati kita? Jom,kita berbicara dengan ...hati kita satu sama satu..mengapa begitu sukar untuknya menitiskan air mata. Teruskan soalan itu pada hati kita sehingga kita temui JAWAPANNYA. MENANGISLAH walaupun sekali. Sesungguhnya tidak ada perasaan yang paling manis iaitu saat kita ikhlas menangis tanda tunduk..meratap,merayu dan memohon keampunan dari-NYA. JANGAN SESEKALI biarkan hari-hari kita berlalu tanpa kita pernah menangis,meraung dan meratap walaupun sekali dihadapan PENCIPTA KITA YANG MAHA AGONG DAN MAHA PENYAYANG ITU kerana tidurnya kita malam ini...belum tentu kita terjaga di hari esok.->....(Pesanan untuk diri saya sendiri sambil berkongsi dengan sahabat-sahabat).

No comments: