Sunday, November 27, 2011

KITA MAMPU MENGUBAHNYA..PERCAYA & YAKINLAH PADA ALLAH...


KITA MAMPU MENGUBAHNYA..PERCAYA & YAKINLAH PADA ALLAH...

Setiap apa yg berlaku di dunia ini, berlaku dengan izinNya. Jika kita bersungguh-sungguh mahu berubah, insyaAllah Allah akan mengkabulkan. Malah Allah akan menghantar petunjuk dengan memperkenalkan kepada kita orang-orang yang mampu membantu kita. Jadi, apa salahnya jika masyarakat sekeliling memberi sokongan kepada orang-orang yang sedang... cuba untuk melakukan perubahan, agar mereka ini terus menerus berubah, dan semoga menerima hidayah Allah, insyaAllah.
Untuk itu,jangan kita sesekali mencemuh orang yang ingin berubah ke arah kebaikan. Sokongan dan dorongan amat 2 diperlukan oleh seseorang yang ingin berubah, agar kehendak hati yang ada itu terus menjadi tetap. Malah tidak berbolak-balik. Kerana ada orang yang pada mulanya ingin berubah, tetapi kerana faktor orang sekeliling, perubahan itu menjadi sementara dan terhenti di tengah jalan. Masyarakat sekeliling, keluarga, dan rakan-rakan memainkan peranan yang besar dalam perkara ini.

Kita mampu menjadi umat yang lebih baik. InsyaAllah...

Ingatlah... bahawa Hidayah Allah boleh datang dengan pelbagai cara, samada kita sedar atau tidak, perkara yang dianggap remeh dalam kehidupan seharian juga boleh menjadi punca hidayah itu tiba.... Amin...

No comments: