Sunday, October 23, 2011

~ Terima Kasih Allah ~


“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. Allah swt is our “CEO”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya....


Manusia tidak pandai berterima kasih. kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apa lagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyuku...r. Tetapi Allah tidak berhenti memberi…

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi.. Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”

No comments: