Saturday, May 14, 2011

*** Renungan Bersama ***

RENUNGAN BUAT SEMUA..

Allah menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. Kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenu...hi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada Allah agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. Maka terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A.S. & segala kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...

Tanpa PERMAISURI siapakah LELAKI yang digelar RAJA
Tanpa ISTERI siapalah LELAKI yang digelar SUAMI
Tanpa WANITA siapakah LELAKI yang mahu digelar PEMIMPIN
Tanpa PEREMPUAN siapakah LELAKI yang digelar AYAH

Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . segalanya bergantung kepada agamanya.

Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..
Tanpa Siti Khadijah: Barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaimana semestinya.

Tanpa Aishah: Barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya.

Tanpa Fatimah Az-Zahrah: Barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulullah S.A.W. yang amat disayangi.

Tanpa Asiah: Barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.

Tanpa Masitah: Barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.

Tanpa Wanita: Siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita..

Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..
Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran

Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah hatinya

Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta kepada Rasulullah S.A.W. serta dalam sejarah manusia sejagat ramai wanita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran & kemusnahan lelaki.

***60 rangkaian ayat al-Quran jadi penawar kanser***

Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah promosi mukjizat kitab suci rawat pelbagai penyakit

JIKA dulu orang ingat ayat al-Quran hanya untuk rawatan sihir, santau atau gangguan makhluk halus, tetapi kini kalam Allah diamalkan sebagai usaha mengubati penyakit kronik termasuk kanser serta penyakit moden lain.

Usaha mempromosikan mukjizat al-Quran sebagai kaedah merawat penyakit dijayakan pengamal perubatan menggunakan ayat al-Quran yang juga pengasas Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah, Lokman Abdul Hamid, beroperasi di Villa Bestari, Sungai Pusu, Gombak.

Bermula dengan ikhtiar merawat ibunya yang menghidap penyakit tua, ilmu dan kebolehan dianugerah Allah itu kini dimanfaatkan dengan memberi perkhidmatan rawatan kepada pesakit yang semakin hari jumlahnya terus bertambah.

Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah mula beroperasi sepenuh masa sejak akhir 2010 kini menerima kehadiran mencapai 200 pesakit sehari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang sebelum disambung semula selepas Isyak dan berlarutan jam 1, jika masih ada yang mengharapkan rawatan.

Bersama rakan kongsi, Ashraf Muslim dan seorang lagi anak muridnya yang komited menghulurkan bantuan, Zulhaidi Ahmad, pesakit yang datang mendapatkan rawatan dibekalkan surah untuk dibaca, diiringi doa serta tawakal kepada Allah.

Itu kaedah rawatan di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang menggalakkan pesakit menulis sendiri surah untuk dibaca, selain terus diingatkan supaya tidak jemu berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah.
Ada juga disediakan air sebagai memenuhi permintaan pesakit yang berasakan perlu dibekalkan air seperti kebiasaan dalam perubatan Islam, kata Lokman.

Memang sukar menafikan kuasa iklan ‘dari mulut ke mulut’ kerana melalui cara itu kemampuan merawat penyakit melalui pengamalan surah al-Quran mula tersebar dan akhirnya terus menjadi bualan ke hari ini.

“Saya menerima anugerah ini ketika berusia 40 tahun selepas menunaikan umrah. Saya amalkan dengan merawat ibu saya, berusia 89 tahun yang sakit tua. Alhamdulillah, kini mencecah usia 98, ibu sihat dan mampu membaca al-Quran.

“Saya tidak pernah berguru, ilmu ini pemberian Allah. Selepas merawat ibu, kawan isteri dan saudara mara datang untuk berubat dan saya cuba merawat mereka di rumah saya di Bukit Antarabangsa. Sebenarnya ketika itu saya pun tidak pasti sama ada cara rawatan itu betul atau tidak.

“Alhamdulillah, selepas melalui proses percubaan rawatan dan penyembuhan secara berterusan, lama-kelamaan ramai yang datang hingga tertubuh klinik pada 1996. Masa itu saya masih bekerja dan hanya membuat rawatan selepas Isyak,” cerita Lokman pada pertemuan di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah, baru-baru ini.

Penghujung 2010, beliau mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan di Suruhanjaya Sekuriti untuk memberi tumpuan kepada memberi rawatan dan bersama Ashraf, mereka bergabung tenaga menjayakan usaha itu.

Berbekalkan pengalaman 12 tahun dalam bidang perubatan al-Quran atau Quranic Medicine, Lokman kini sudah mengenal pasti 60 rangkaian ayat untuk penyakit kanser termasuk kanser payu dara, kulit dan hati.

Bagaimana beliau tahu ayat yang sesuai untuk sesuatu jenis penyakit, semua berpandukan kepada gerak hati kerana beliau tidak pernah bermimpi apa lagi mendengar bisikan suara. Selalunya, ayat baru diterima setiap kali kembali menunaikan umrah, setiap tahun.

Katanya, tidak dinafikan ada juga pesakit mempersoalkan surah diberi untuk diamalkan kerana apabila dibaca terjemahannya, tiada kaitan secara langsung dengan sakit dideritai pesakit atau situasi dilalui mereka.

“Memang ada. Macam ada yang minta ayat untuk murah rezeki, cari jodoh dan dapat anak, saya suruh baca surah al-Waqiah. Tetapi jika tengok makna surah al-Waqiah tiada kena mengena dengan rezeki atau jodoh tetapi ia mengenai hari kiamat.

“Inilah mukjizat al-Quran. Kita tidak tahu rahsia al-Quran hanya Allah saja yang tahu. Surah Israk, ayat 40 dan 55 untuk sakit jantung tersumbat. Beribu yang saya ubat dengan ayat itu, jantung tersumbat jadi baik.

“Rekod mereka di Institut Jantung Negara (IJN) menunjukkan memang ada saluran jantung tersumbat tetapi sementara menanti pembedahan, mereka datang dan amalkan ayat itu, Alhamdulillah apabila diperiksa semula, saluran yang tersumbat sudah tiada lagi,” katanya.

Bagaimanapun katanya, masih ada kes walaupun sudah mengamalkan surah diberi tetap perlu melalui pembedahan dan ada pelbagai sebab boleh menjelaskannya selain mengakui hakikat hanya Allah yang berkuasa menyembuhkan.

Kerana itu juga, beliau tidak pernah menghalang pesakit yang datang ke pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah mendapat rawatan di hospital, malah akan menggalakkan jika itu dirasakan perlu demi kebaikan mereka.

“Proses penyembuhan tertakluk pada keredaan Allah, ada datang sekali sudah sembuh, ada datang banyak kali tetapi tidak juga sembuh. Jadi, saya tanya jika ada kesalahan dilakukan pesakit, minta ampun dulu kerana jika pergi hospital tetapi Allah tidak reda, tidak sembuh pun.

“Amalan rawatan menggunakan ayat al-Quran disokong doa dan dosa penghalang kepada doa. Macam mana doa nak dimakbulkan, kena buat banyak solat taubat.
Apabila kita minta ampun, dengan izin Allah kabulkan doa kita,” katanya.

Jangan terkejut jika Lokman memberitahu hanya 30 peratus yang datang ke pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah mendapatkan rawatan berkaitan gangguan, sihir dan santau kerana 40 peratus adalah pesakit kanser dan selebihnya penyakit lain seperti epilepsi, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi serta kronik hepatitis.

Beliau berkata, bagi sakit gangguan seperti sihir atau santau, selepas dibuang mereka akan kembali sihat. Berbeza dengan penyakit kanser, banyak ayat serta surah perlu dibaca untuk menyembuhkan atau memperbaiki organ dalam badan, membunuh sel kanser atau darah tersumbat.

Penampilan dalam program Penawar Syifa’ terbitan Astro Oasis dan segmen Syifa’ dalam Nasi Lemak Kopi O di TV9 membolehkan beliau berkongsi ayat al-Quran untuk rawatan penyakit dengan masyarakat.

Ditanya tidakkah beliau bimbang perkongsian itu nanti mengurangkan jumlah mereka yang datang ke pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah, Lokman sambil tersenyum memberitahu, ayat al-Quran bukan haknya dan menjadi tanggungjawab beliau menyebarkan ayat Allah itu.

“Misi saya memartabatkan ayat al-Quran setanding perubatan moden. Jika orang boleh terima itu, Alhamdulillah. Saya gembira jika perkongsian ini memberi manfaat terutama mereka yang menghidap penyakit dan mencari penawarnya,” katanya.

Tarikh 23 April mencatat sejarah untuk Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Turut dikongsi pada majlis gilang gemilang ialah hasrat Lokman untuk mendirikan hospital bercirikan persekitaran Islam.

Hospital berkenaan nanti akan sentiasa berkumandang ayat suci al-Quran dan ada ketikanya, ustaz serta ustazah dijemput membacakan ayat al-Quran. Itu impian dan tiga tahun ditetapkan sebagai tempoh menterjemahkan hasrat menjadi realiti.

(Sumber Dari Bharian Online )

Thursday, May 12, 2011

*** ALLAH SWT SENTIASA BERSAMA KITA***

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..



Firman ALLAH..



'..Alif laam miim.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?..'(Al Aankabut:1-2)





Firman ALLAH:



'..Ingatlah kamu kepadaKU..Nescaya Aku akan ingat padamu..'(Al Baqarah:152)





When things are down

And you are out of your mind

Remember just remember

ALLAH is The Kind.



When your life is in darkness

And nothing is right

Remember just remember

Through the darkness ALLAH is The Light.



When nothing makes sense

And your heading for demise

Remember just remember

ALLAH is The Wise.



When times are troubled

And no one seems to care

Remember just remember

ALLAH won't hurt you, HE is The Fair.



When your heart is breaking

And your pain makes you fall

Remember just remember

ALLAH Sees it all.



When you are weak

And the road seems long

Remember just remember



Seek strength from ALLAH The Strong.





When life is a burden

And everything is unstable

Remember just remember

ALLAH is The Able.



When the way is cloudy

And there is no one by your side

Remember just remember

ALLAH is The Only Guide.



When no one wants to listen

Or is willing to lend an ear

Remember just remember

ALLAH is always ready to hear.



When you are poor and penniless

And you are stuck in a niche

Remember just remember

ALLAH is The Rich.



When you are down in your misery

And there is nowhere to run

Remember just remember

You can always run to The One.



And when your scars are hurting

And your heart is in fear

Remember just remember

ALLAH is really here.



~ALLAH sentiasa bersama kita..

*** Rindu Kekasih Allah SWT***

Tak bosan-bosan rasanya membaca kisah ini...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.


Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.





Semoga sahabat-sahabat muslim timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

*** Allah SWT Maha Pengampun Dan Maha PEMAAF ***

1. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.

(Hadis Riwayat Imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih)



2. Di dalam sohih Muslim tercatat : Firman Allah Ta'ala ( maksud ) : "Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu (selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu."



3. Nabi s.a.w. bersabda bermaksud : "Demi Tuhan yang mana diriku berada pada tanganNya (kekuasaan) sekiranya kamu melakukan kesalahan sehingga memenuhi dosa-dosa itu antara langit dan bumi kemudian kamu memohon keampunan Allah nescaya Dia akan mengampunimu."



4. Di dalam Hadis Qudsi yang bermaksud : "Satu kebaikan akan diganda sepuluh malah lebih, manakala satu kejahatan tetap dikira satu (tidak diganda) ataupun aku mengampuninya. Sekalipun kamu menemuiKu (selepas mati) dengan dosa sebesar bumi tetapi tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu maka Aku akan menemuinya dengan mengampuni dosa sebesar itu."

(Dipetik dari kitab Al-Ittihafat )



5. Dalam hadis sohih yang lain yang bermaksud : "Doa adalah senjata bagi orang Mukmin, tiang agama dan cahaya yang menerangi langit dan bumi."



6. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang banyak beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya daripada setiap kesusahan jalan penyelasaian, daripada setiap kesempitan jalan keluar dan akan diberikan rezeki dengan cara yang tidak diketahui."



7. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Tiada daripada seorang Muslim yang memohon do'a sedangkan dia sendiri bersih dari dosa dan juga dia tidak pernah memutuskan perhubungan silaturrahim sesama manusia melainkan Allah akan menganugerahi kepadanya satu dari tiga perkara ini : sama ada terus diterima do'anya, sama ada Dia akan menangguhnya sehingga hari akhirat ataupun disimpan(ampun) segala kejahatan yang seumpanya (permintaan tadi). Maka para sahabat bertanya : Sekalipun banyak? Sabda baginda s.a.w : "Allah lebih banyak pemberianNya."





FAEDAH DAN PENGAJARAN HADIS



1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana kita tidak lepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w. sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda s.a.w. merupakan seorang Rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.



2. Keampunan Allah lebih besar daripada dosa yang dilakukan oleh hambaNya sekalipun besar dan banyak kerana rahmatNya dan kerana Dia Maha Kaya daripada makhlukNya.



3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar.



4. Dilarang sama sekali kita berputus asa daripada rahmat Allah dan diwajibkan kita agar sentiasa bersangka baik dengan kemaafan dan pengampunan dari Allah. Tetapi tidak dikira melampaui syariat sekira timbulnya perasaan terlalu takut pada Allah sehingga kita merasakan kita tidak akan diampun lagi tetapi dalam masa yang sama kita terus mengharap dan gerunkanNya. Kedua-duanya adalah sesuatu yang akan mengimbangkan fitrah pada diri seorang Muslim pada satu sudut dan kesan daripada tarbiyah Islamiah pada sudut yang lain.Tidak sempurna pengabdian melainkan dengan mengambil kedua-duanya sekali.



5. Allah mengampuni semua dosa selain daripada syirik kepadaNya samada melalui perbuatan, perkataan dan pengiktirafan hati.



6. Diminta agar kita sentiasa bersegera di dalam beristighfar dan bertaubat serta tidak melengahkannya.



7. Sesungguhnya perkara yang membawa kepada syirik kepada Allah akan menutup kita daripada rahmatNya.



8. Istighfar ialah dengan lidah manakala taubat pula dengan lidah, anggota dan hati iaitu dengan meninggalkan dosa lalu, bertekad untuk tidak mengulanginya dan menunaikan kewajipannya.



9. Tiga cara Allah menerima do'a hambaNya iaitu :



a. Terus menerima segala permohonan dan permintaan yang dipohon

b. Menangguhnya sehingga hari akhirat nanti

c. Menghapuskan dosa yang sama kadarnya dengan permintaan yang diminta kepada Allah.



10. Antara adab-adab ketika berdo'a ialah :



a. Mendatangkan di dalam hati rasa keinsafan ataupun sebarang permohonan yang hendak diminta bukannya sekadar diucap di mulut tetapi tidak terlintas atau terasa di hati tentang apa yang didoakan.Sebaik- baiknya jika kita kurang memahami bahasa Arab maka lebih baik kita menggunakan bahasa Melayu ketika berdo'a kecuali nama-nama Allah yang lebih baik gunakan bahasa Arab.



b. Mengharapkan agar Allah akan menerimanya dengan penuh keyakinan bukannya di sana masih terdetik sikap kesangsian ataupun tidak terlalu mengharap ketika do'a dilakukan sambil lewa sahaja.



c. Tidak mudah putus asa dengan terlalu mengharapkan segala doa yang dipohon terus diqabulkan oleh Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Menerima.



d. Tetapkan hati dengan menjauhi perasaan mudah berubah hati ketika memohon do'a kepada Allah.



11. Adab Istighfar pula ialah :



a. Memuji dan menyebut nama Allah dengan menyebut salah satu namanya terutama Al-Ghaffar, Ar-Rahman, Ar-Rahim.



b. Menyebut penyelesalan ke atas dosa dengan menyebut dosa yang telah dilakukan.



c. Memohon kepada Allah keampunan di atas dosa yang telah dilakukan.

*** Perasaan Cinta Mencitai Perlu Di Asaskan dengan Iman Dan Taqwa Kepada ALLAH ***

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.





Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap lelaki dan wanita yang sihat akal fikiran telah dikurniakan oleh Allah SWT perasaan cinta dan kasih sayang dalam jiwanya. Cinta dan kasih sayang ini adalah satu fitrah yang ada pada setiap insan





Allah memiliki sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Sifat ini paling banyak disebut kerana mengatasi sifat lain. Allah sendiri menciptakan alam semesta agar makhluk-Nya boleh merasakan cinta dan kasih sayang-Nya.





Cinta dan kasih sayang sesama makhluk hanyalah sebahagian kecil bila dibandingkan cinta dan kasih sayang Allah yang akan diberikan-Nya pada saatnya nanti. Dalam hadis yang dibuat oleh Muslim Ibn al-Hajjaj al-Qusyayri, menyebutkan bahawa Allah SWT memiliki seratus rahmat (kasih sayang), dan satu di antaranya Allah SWT berikan kepada jin, manusia, dan seluruh makhluk hidup yang ada di bumi. Sedangkan 99 rahmat (kasih sayang) Allah yang lain, Allah simpan untuk ditunjukan di hari kiamat kelak.





Manusia adalah makhluk ciptaan Allah kerana diberi potensi berupa pemberian ruh langsung oleh Allah SWT . Hal ini Allah terangkan dalam surat Saad ayat 72 maksudnya : "Kemudian apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan ruh (ciptaan) Ku kepadanya ; maka tunduklah kamu dengan bersujud kepada-Nya."



Dalam ayat tersebut, Allah SWT meniupkan ruh ciptaan-Nya kepada manusia. Sehingga, manusia memiliki fitrah untuk menyayangi dan mencintai kepada apa pun juga, seperti sifat Allah iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim.





Cinta dan kasih sayang ini juga bagian dari fitrah makhluk Allah. Allah SWT sendiri menciptakan makhluk-Nya berpasang-pasangan agar boleh melahirkan dan menyambung zuriat keturunannya.





Manusia sendiri difitrahkan memiliki rasa cinta dan kasih sayang, khususnya di antara lelaki dan wanita. Hal ini merupakan sunatullah dan tidak boleh dinafikan . Namun, agama mengatur cara untuk melahirkannya dengan cara-cara dan adab yang mulia dan bukan berdasarkan nafsu dan fikiran semata-mata. Bagaimana pun, Allah menciptakan alam semesta ini sesuai dengan ukuran-ukurannya. Ada batasan yang tidak boleh dilanggar. Hal ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam surat Al Qamar ayat 49 yang bermaksud : "Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran".





Cinta dan kasih sayang yang ada pada lelaki dan wanita yang bercadang mencari pasangan hidup perlulah dikendalikan dengan baik dan benar sesuai dengan peraturan syarak . Bila tidak, ianya boleh membawa kepada kerosakan . Aturan cinta dan kasih sayang ini perlu dipelihara, sehingga boleh terpelihara dan keindahannya selalu terjaga serta menjadi benteng yang kokoh.





Cinta dan kasih sayang ini perlulah diasaskan dengan iman dan takwa kepada Allah SWT. Dilaksanakan semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Seseorang yang mengendalikan cinta dan kasih sayang ini jika berlawanan dengan syariat Islam maka cinta dan kasih sayang itu adalah kerana nafsu semata-mata dan ianya adalah palsu dan tidak akan kekal lama.





Jika cinta dan kasih sayang ini di bena di atas asas iman dan takwa, maka semasa pengendaliannya tidak akan berlawanan dengan syariat Islam. Bercinta sebelum berkahwin dibenarkan syarak tetapi mestilah melalui syarat yang ketat. Sebaik-baiknya bercinta selepas akad nikah adalah lebih baik supaya mereka terjamin daripada melakukan maksiat sebelum berkahwin.





Sahabat yang dimuliakan,

Terdapat ramai dikalangan lelaki dan wanita muslim yang sedang dilamun cinta tidak memahami batas-batas yang dibenarkan oleh syarak. Mereka bercinta semata-mata mengikut emosi dan perasaan darah muda. Mereka bersembang dan berchating berjam-jam lamanya melalui telefon dan facebook. Bagi yang lemah imannya dan tidak berakhlak Islam sanggup berdating berdua-duaan , menonton dan makan bersama tanpa ada mahram.





Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka jangan sekali-kali dia berkhalwat dengan perempuan yang tidak ada bersamanya mahramnya, (kerana) sesungguhnya syaitan adalah orang ketiga bersama kedua mereka itu.”

(Hadis riwayat Ahmad)





Perbuatan dan sikap yang bermudah-mudah untuk menjaga syaksiah Islam akhirnya boleh membawa padah dengan melakukan perhubungan terlarang iaitu berzina dan melahirkan anak-anak luar nikah.





Walaubagaimanapun Islam menggalakkan melihat dan mengenali peribadi setiap pasangan supaya tidak menyesal apabila telah diijab-kabulkan. Perjumpaan yang dibenarkan syarak adalah perjumpaan yang disertai oleh mahram supaya untuk mengelakkan hawa nafsu dan syaitan mengambil kesempatan untuk menggoda pasangan tersebut.



Lelaki dan wanita tidak boleh berada secara berdua-duaan tanpa ditemani mahram kerana apabila berduaan lelaki dan perempuan yang ketiganya ialah syaitan.





Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan. Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunak atau memanjakan suara hingga boleh menimbulkan keinginan pada sang lelaki.





Bagaimana caranya? Kita sedia maklum kehidupan hari ini kompleks dan menuntut persediaan diri yang mantap bukan saja dari sudut emosi tetapi juga kepemimpinan keluarga, keupayaan ekonomi, penguasaan ilmu, sebelum seseorang itu melangkah masuk ke gerbang rumah tangga.





Sudah tentu persediaan itu memerlukan masa. Contohnya, menyediakan keupayaan ekonomi. Seseorang itu mungkin terpaksa melanjutkan pelajaran di universiti selama empat tahun, selepas tamat pengajian, perlu mengumpul wang bagi melengkapkan keperluan untuk berumah tangga.





Dalam tempoh berkenaanlah cinta yang berputik antara dua insan perlu dipupuk dan perlu melalui syariat. Jika keperluan untuk berjumpa, bertandang ke rumah keluarga perempuan ketika ibu bapanya ada di rumah, atau jika perlu untuk bersemuka di luar, pastikan pertemuan itu berlaku dengan kehadiran seorang teman yang dipercayai, sebaiknya mahramnya.





Sahabat yang dikasihi,

Dalam Islam sebaik-baik perhubungan semasa sedang 'cinta mencintai' sebelum berkahwin adalah pengisian tarbiah Islam, ilmu yang bermanfaat dan nasihat menasihati yang berguna. Bertaaruf dengan mengenali keluarga dengan lebih dekat lagi kedua-dua belah pihak. Ketika inilah masing-masing perlu melengkapkan diri dengan ilmu fardu ain bab munakahat supaya mereka mengetahui hak-hak sebagai suami dan isteri yang ditetapkan dalam Islam.





Cinta adalah fitrah atau perasaan semula jadi. Cinta perlu dimeterai dengan perkahwinan seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

“…Dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan)…” (Surah Rum, ayat 21)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Ada empat perkara yang termasuk sunnah para Rasul, iaitu; perasaan malu, memakai wangi-wangian, bersiwak, dan berkahwin (menikah).

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, (no. 1086) di dalam kitab an-Nikah, menurut beliau hadis ini hasan sahih)



Dan diketahui juga, bahawa menjalinkan hubungan melalui ikatan perkahwinan itu adalah suatu perbuatan yang dianjurkan oleh Nabi kita SAW sendiri dan merupakan sunnah yang wajar kita ambil serta contohi.



Di dalam keadaan tertentu sekiranya perkahwinan diusia muda diperlukan untuk menyelamatkan diri daripada perbuatan perzinaan, maka bukanlah masanya untuk kita rasa malu untuk berkahwin di usia yang awal atau usia remaja. Malah, tiada salahnya dari sudut syarak sekalipun untuk mengambil keputusan berkahwin awal walau masih berada di institusi-institusi pengajian tertentu.



Perkahwinan awal dapat mengelakkan perbuatan zina yang ditegah oleh Islam. Peliharalah keturunaan kita supaya dilahirkan mengikut peraturan syarak iaitu melalui perkahwinan yang sah. Tinggalkanlah amalan dan cara hidup jahilaiah yang mengalakkan pergaulan bebas hingga boleh merosakkan institisi kekeluargaan Islam.





Oleh itu marilah sama-sama kita jaga akhlak kita supaya sentiasa berakhlak dengan akhlak Islam. Kita jaga hati kita supaya tidak wujud fitnah hati iaitu hati yang cenderung untuk buat maksiat dan kemungkaran. Sentiasalah memohon ampun kepada Allah SWT dengan beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT.





Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu siang untuk menerima taubat mereka yang melakukan dosa pada waktu malam, dan membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu malam untuk menerima taubat mereka yang melakukan dosa pada waktu siang. Hal ini berkekalan sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat."

Belajar Menuju Ke Syurga Vol 01 - Ustaz Kazim Elias

Belajar Menuju Ke Syurga Vol 02 - Ustaz Kazim Elias

Wednesday, May 11, 2011

Sunday, May 8, 2011

UMMI ` HADAD ALWI





Selamat Hari Ibu Kepada Ibu Audra - Puan Hjh Sophia Binti Imam Andul Ghani .... MUuuuaaaahhhhhhh .... :) This Song For My Mummy ...

Monday, May 2, 2011

*** NIKMAT SYURGA - SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN KITA RAHMATNYA ***

Kenikmatan Syurga

Dari Abi Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda: “Berfirman Allah a.w.j : Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh; apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam fikiran serta hati manusia” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Beberapa Nikmat Syurga Secara Ringkas:



1. Pohon Syurga

Dari Sahl bin Saad r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: (Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pohon yang mana berjalan di bawah bayangnya seorang penunggang selama seratus tahun, belum lepas dari bayangnya) Riwayat Muslim



2. Istana, Khemah dan Kamar Syurga

(Az-Zumar) 20. Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.



Sabda Rasullah s.a.w : (Sesungguhnya ahli syurga akan memandang ahli kamar di atasnya seperti kamu melihat bintang di langit meluncur dari ufuk timur atau barat, kerana kelebihan di antara mereka) Para sahabat bertanya: “Itukah tempat para nabi yang tidak sampai kepadanya orang lain?” Rasulullah bersabda: (Bahkan – Demi Allah yang nyawaku dalam tanganNya- lelaki-lelaki yang beriman kepada Allah dan membenarkan para rasul) Riwayat Muslim



3. Pasar Jumaat

Dari Anas bin Malik r.a , sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: (Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pasar yang akan dikunjungi oleh penghuninya pada setiap Jumaat. Lalu akan bertiup ke arah mereka angin dari utara lantas menyapu wajah dan pakaian mereka. Kemudian dia kembali kepada keluarganya dalam keadaan bertambah keelokan dan kecantikannya…) Riwayat Muslim



4. Sungai Syurga

(Muhammad: 15) Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.



5. Bidadari Syurga

(Ar-Rahman: 56). Dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

Sabda Rasulullah s.a.w: (Sekiranya seorang wanita dari bidadari penghuni syurga menjenguk kepada bumi, nescaya akan menyinari setiap yang ada di dalamnya dan akan memenuhi keduanya dengan haruman. Sesungguhnya penutup wajah bidadari di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya) Riwayat Tirmizi.



6. Makanan dan Minuman Syurga

(Al-Waaqiah: 20) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,

21. serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.



# AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MENGATAKAN BAHAWA PENGHUNI SYURGA AKAN DAPAT MELIHAT ALLAH. Itulah sebaik-baik nikmat syurga!. Semoga Allah mengurniakan kita kenikmatan melihatNya!



(Al-Qiyaamah: 22) Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; 23. melihat kepada Tuhannya.

#SABDA RASULULLAH S.A.W : (SYURGA DIPAGARI DENGAN PERKARA YANG DIBENCI DAN NERAKA DIPAGARI DENGAN NAFSU) Riwayat Muslim

*** TAZKIRAH ISLAM: JAUHI SIKAP SALING MENDENGKI,MEMBENCI,BERMUSUHAN & WUJUDNYA PERBEZAAN PENDAPAT ADALAH SATU RAHMAT***

Islam sentiasa menggalakkan sesama Muslim agar sentiasa hidup rukun damai, memberi kasih sayang, membina ukhuwah, menghubungkan silaturahim, bantu membantu dan menyuruh menjauhi permusuhan, tidak mendedahkan keaiban saudaranya, menjauhi perasaan hasad dengki dan fitnah memfitnah

Dari Anas Bin Malik R.A, Bahawa Rasulullah SAW Bersabda (Yg Bermaksud) : "Janganlah kamu saling membenci, saling mendengki dan saling bermusuhan, tetapi jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal seorang Muslim mendiamkan (tidak menyapa) saudaranya lebih dari tiga hari."(Hadis Riwayat Imam Muslim)



Dari Abu Ayyub Al-Anshari R.A, Bahawa Rasulullah SAW Bersabda (Yg Bermaksud): "Tidak halal seorang Muslim mendiamkan (tidak mau menyapa) saudaranya lebih dari tiga malam di mana keduanya bertemu lalu yang ini berpaling dan yang itu berpaling. Yang terbaik di antara keduanya ialah orang yang memulai mengucapkan salam."(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Berdasarkan dua hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa seorang Muslim dilarang daripada bermusuhan dan tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari kerana perbuatan ini akan membawa dosa dan dimurkai oleh Allah SWTDi dalam realiti masyarakat kita permusuhan yang berlaku sesama ahli keluarga, jiran sesama jiran, pemimpin bersama rakyat bukan setakat tiga hari tiga malam, malahan berlarutan hingga bertahun-tahun lamanya hanya berpunca daripada selisih faham di antara anak-anak, tidak puas hati pembahagiaan harta pusaka, perbedzaan fahaman politik, tidak terpilih menjadi pemimpin setempat dan sebab-sebab yang lain.Nabi SAW menjelaskan lagi yang paling baik di antara mereka yang bermusuhan adalah mereka yang terlebih dahulu menghulurkan tangan persahabatan dan salam ukhwah dan memulakannya dengan mengucapkan salam.



Rasulullah SAW Bersabda (Yg Bermaksud) : "Kamu tidak akan masuk Syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu saya tunjukkan kepada sesuatu jika kamu lakukan kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara sesama kamu".(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah R.A).

Islam merai perbezaan pendapat dalam agama. Ujian ini boleh dirujuk kepada firman Allah SWT dalam ayat berikut:

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ (١١٨)إِلا مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ وَلِذَلِكَ خَلَقَهُمْ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لأمْلأنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ (١١٩)



Maksudnya : "Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya umat yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka tidak berselisihan) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menciptakan manusia." (Surah Hud: Ayat 118-119)

Daripada ayat di atas dapat difahami bahawa, Allah SWT berkuasa untuk menjadikan manusia semuanya bersepakat di atas satu agama, satu pendapat.Akan tetapi Allah SWT sengaja tidak berbuat demikian, maka kerana itulah manusia sentiasa berbeza pendapat. Dalam ertikata yang lain, menjadi fitrah manusia untuk saling berbeza pendapat antara satu sama lain.Pengecualian adalah bagi mereka yang diberi rahmat oleh Allah SWT dimana mereka tidak berbeza pendapat. “Tidak berbeza pendapat” bukanlah bererti mereka semua bersepakat di atas satu pendapat, akan tetapi mereka bersikap terbuka kepada beberapa pendapat yang ada sehingga di sisi mereka, “perbezaan” tersebut sebenarnya adalah satu “kepelbagaian" dan rahmat.Demikian merupakan antara sebab Allah SWT mencipta manusia, sekali gus menjadi ujian bagi mereka. Orang yang gagal ujian tersebut dapat dikenali dengan sikapnya yang sentiasa negatif apabila berhadapan dengan perbezaan pendapat. Orang yang lulus pula, yakni yang diberi rahmat oleh Allah, dapat dikenali dengan sikapnya yang sentiasa positif apabila berhadapan dengan kepelbagaian pendapat.Berdasarkan ayat di atas juga dapat ditegaskan bahawa usaha sebahagian orang yang cuba menyatukan umat Islam di atas satu pendapat adalah sia-sia kerana ia bertentangan dengan fitrah manusia dan kehendak Allah.Sebaliknya usaha sebahagian lain yang cuba membuka umat Islam ke arah bersatu di atas kepelbagaian pendapat, mereka itulah yang berada di atas jalan yang benar, yang akan mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala.Jauhilah perasaan buruk sangka, janganlah bermegah-megahan dengan harta, pangkat , kuasa dan keturunan kerana kemegahan itu membawa dosa dan permusuhan. Apabila kita berkuasa dalam pemerentahan janganlah menafikan hak rakyat untuk bersuara dan menuntut keadilan, kerana semua tindakkan dan keputusan yang tidak adil akan mendapat balasan dihari akhirat nanti.Mahkamah Allah SWT di hari akhirat adalah seadil-adil mahkamah tidak tidak terlepas walaupun sebesar atom dosa dan kezaliman manusia terhadap manusia yang lain. Firman Allah s.w.t. maksudnya :



Allah SWT Berfirman (yg Bermaksud): "Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." (Surah Yasin: Ayat 65)



Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW Bersabda (Yg Bermaksud) :“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”Sahabat-sahabat baginda menjawab : “Orang Muflis di antara kami, Ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang dan tidak ada harta benda.”Nabi SAW Bersabda (Yg Bermaksud) : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”(Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Kita perlu berhati-hati supaya tidak menjadi orang yang muflis sebagaimana digambarkan Rasulullah SAW dalam hadits di atas. Datang ke akhirat dengan membawa pahala amal ibadah yang begitu banyak, namun bersamaan dengan itu, ia juga datang ke akhirat dengan membawa dosa yang bersangkut paut dengan orang lain secara negatif ; mencaci, mencela, menuduh, memfitnah, memakan harta tetangganya, mengadu domba dan sebagainya.Sehingga pahala kebaikannya habis untuk menutupi keburukannya. Bahkan kerena kebaikannya tidak cukup untuk menutupi keburukannya tersebut, maka dosa-dosa orang-orang yang dizaliminya tersebut diberikan pada dirinya. Hingga jadilah ia tidak memiliki apa-apa, selain hanya dosa dan dosa, akibatnya ia dicampakkan ke dalam api Neraka. Na’udzubillah min zalik.



Marilah kita perbaiki hubungan kita sesama Muslim, buangkanlah sikap yang buruk dan negatif sesama kita, janganlah kerana kemegahan dan nilai-nilai duniawi kita sanggup menggadaikan nilai ukhrawi kita, kerana sesungguhnya orang yang bijak adalah orang yang buangkan kepentingan duniawinya untuk mencapai kebahagiaan di hari akhirat.Renungkanlah hadis Nabi SAW ini :



Dari Abu Hurairah R.A katanya : "Bahawa Rasulullah SAW Bersabda (Yg Bermaksud) : 'Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka kerana buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai (mencari berita) yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara'."(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Sunday, May 1, 2011

*** Tzkirah Islam : Kerugian Besar Dalam Lengahkan Solat ***

Rasulullah SAW Bersabda (Yang Bermaksud): “Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya ia sudah menegakkan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya ia meruntuhkan agama”.

Hakikatnya solat adalah satu suruhan yang mesti dilaksanakan atau disempurnakan oleh setiap umat Islam walau dalam keadaan apa sekalipun. Sayangnya, masih ada di kalangan umat Islam yang tidak langsung mendirikan solat, kalau buat pun, ada yang melengah-lengahkan waktu solat, melakukan solat secara tergesa-gesa serta tidak khusyuk dan banyak lagi.Sungguhpun waktu solat itu telah ditentukan, mengapa kita digalakkan agar tidak melengah-lengahkannya dan apakah ganjaran mereka yang bersolat di awal waktu?Keperluan untuk menunaikan solat di awal waktu jelas daripada hadis yang bermaksud:



Rasulullah SAW Bersabda (Yang Bermaksud): "Ditanya kepada Rasulullah SAW: Apakah amalan yang terbaik, maka jawab :“Solat di awal waktu." (Hadis Riwayat At-Tirmizi & Abu Daud)

Namun ada beberapa ketika yang dibenarkan untuk melewatkan solat seperti jika cuaca terlampau panas dan berjemaah secara terbuka di

luar. Sabda Nabi SAW:



Rasulullah SAW Bersabda (yang Bermaksud) : “Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat Zuhur, kerana kekuatan panas (matahari) adalah daripada bahang neraka jahanam”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Di samping itu, Rasulullah pernah bersabda: "Barang siapa yang bersolat tepat pada waktunya dan melengkapkan rukuk, sujud dankhusyuk maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat itu berkata: "Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (menyempurnakan rukun solat itu). Tetapi barang siapa yang tidak bersolat, tidak dalam waktu yang ditentukan dan tidak pula menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk, sujud dan tanpa khusyuk sama sekali, maka solat itupun naiklah ke atas dalam keadaan hitam kelam sambil berkata:



Rasulullah SAW Bersabda (Yang Bermaksud): "Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku. Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah, ia pun lalu dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian dipukulkanlah kepada mukanya." (Hadis Riwayat Al-Tabrani dan Baihaqi).

Sementara,



Allah SWT Berfirman (Yang Bermaksud): “Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan orang yang memelihara solatnya; mereka itulah orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya”. (Surah Al-Mukmin : Ayat 8 hingga Ayat 11) Erti memelihara solat yang termudah adalah menjaga solat fardu lima kali sehari semalam. Namun, lebih dalam dari itu, penjagaan solat juga menuntut kita untuk mendirikannya dan bukan sekadar menunaikannya. `Tunaikan' dan `dirikan' adalah dua benda yang berbeza. Tunai lebih cenderung kepada proses melaksanakannya pada satu-satu waktu dan kemudian ia dikira selesai tanpa mengira kesan





selepas dan persembahan spiritual semasa pelaksanaannya. Manakala erti `mendirikan' solat pula tidak bermaksud sedemikian, ini kerana kita dituntut untuk melaksanakan solat secara fizikal dan spiritual lalu berterusanlah kesan solat itu dalam kehidupan seharian kita. Perlu sama-sama kita menyedari bahawa yang dituntut semasa solat adalah usaha untuk meyakinkan yang kita sedang berhadap dengan Allah dan hati kita juga sedang dilihat oleh-Nya. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW yang bermaksud:



Rasulullah SAW Bersabda (Yang Bermaksud): “Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajah-Nya ke wajah hamba-Nya yang sedang bersolat selagi mana hamba-Nya tidak menoleh ke lain”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)

Perasaan inilah yang perlu dibawa hingga keluar solat, maka dengannya kita pasti akan dapat merasakan setiap tindakan kita dilihat oleh Allah SWT.Maksud solat berkualiti merangkumi semua hal-hal yang telah dinyatakan sebelum ini, selain itu solat ini juga didirikan berlandaskan ilmu dan bukannya secara ikutan tanpa mengetahui asas sesuatu pergerakan dan tindakan itu.Solat bagi mereka yang mengikuti mana-mana ilmuwan dan alim ulama secara `lihat, pandang dan dengar' sudah tentu sah jika menepati rukun dan syaratnya.Namun, apabila kita ingin mengulas perihal berkualiti, ia sudah tentu perlu lebih dari sekadar sah. Atas sebab demikian ia memerlukan ilmu yang lebih jelas tentang dalil-dalil yang disandarkan pandangan ulama tersebut. Inilah namanya menaiktarafkan tahap ilmu agar pencapaian pahala dan keyakinannya semakin tinggi.Pahala bagi seorang yang menunaikan ibadah dengan ilmu amat berbeza

dengan solat mereka yang tidak didasari ilmu.



Khalifah Umar bin Abd Aziz berkata: "Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, maka kerosakan lebih banyak dihasilkan daripada kebaikan.(Jami' Bayan al-`Ilm wa fadlihi, Ibn Abd Barr, 1/27)


Solat sebegini akan lebih mudah meraih nikmat khusyuk yang merupakan satu kenikmatan spiritual yang amat bernilai buat kehidupan di dunia dan di akhirat.Bagaimanakah cara berhikmah untuk mengajak orang mendirikan solat kerana kita tidak mahu perkara ini dipertanggungjawabkan ke atas kita di akhirat kelak atas alasan segan atau takut mengecilkan hati mereka?Sebaik-baik cara adalah kembali kepada asas (back to basic). Kita cuba ajak mereka berfikir semula bahawa hidup dan keseronokan dunia hanyalah untuk beberapa puluh tahun sahaja. Jangan kita tujukan kepada mereka, tetapi tujukan kepada diri kita terlebih dahulu iaitu termasuk mereka yang sedang ingin menasihati. Ingatkan perihal kematian, ia adalah saranan Nabi SAW dalam hadisnya: "Perbanyakkanlah ingatan kepada perkara yang memutuskan kenikmatan sementara, iaitu mati."Jika penerimaannya baik, boleh diteruskan dengan memberi kefahaman perihal dosa mereka yang meninggalkan solat, antaranya adalah satu kaki sudah menjadi kafir, sebagaimana disebut di dalam hadis: "Sempadan antara seorang itu Islam dan kafir adalah jika mereka meninggalkan solat." Ini bererti, mereka yang meninggalkan solat dikira sudah separuh badan di sempadan kekafiran yang amat berbahaya.Gunakan cara nasihat yang didasari kasih sayang dan ingin membantu, cara lembut sentiasa lebih utama daripada kaedah yang keras dan menempelak. Kaedah ini juga datang dari al-Quran dan hadis.Setelah itu, sentiasa galakkan dan bina kemampuan solat orang dituju secara beransur-ansur. Jika sukar, boleh sahaja minta dia mendirikan satu waktu solat sehari terlebih dahulu dan seterusnya semakin baik. Insya-Allah.


Rasulullah SAW Bersabda (Yang Bermaksud): "Disebutkan kepada nabi terdapat dua orang lelaki, seorang daripadanya ahli ibadat manakala yang satu lagi ahli ilmu. Lalu Nabi memberi respons, keutamaan orang yang punyai ilmu melebihi daripada orang yang beribadat (tanpa ilmu) adalah seperti keutamaanku dengan yang paling rendah daripada kalangan kamu (sahabat). (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2685, 5/50)

*** Tazkirah Islam : Ayuh !!! Mulakan Islam Dalam Diri Kita dulu ***

Untuk meningkatkan komitmen kita terhadap Islam, banyak yang mesti kita lakukan. Langkah berikut merupakan beberapa langkah dasar yang patut dilaksanakan :

1.Meningkatkan pengetahuan Islam secara sempurna dan menyeluruh :

Perlulah memahami ilmu tentang Allah, Rasul dan al-Quran. Untuk melahirkan keyakinan dan kekuatan iman mustahil diperolehi tanpa pengetahuan terhadap apa yang diimani. Ertinya, tahap keimanan, banyak ditentukan oleh tahap pemahaman seseorang.Firman Allah SWT:



Allah SWT Berfirman (Yang bermaksud): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran."(Surah Az-Zumar: Ayat 9)

Oleh itu sebagai seorang Muslim ilmu pengetahuan mengenai Islam yang asas dan menyeluruh perlulah dipelajari dan difahami supaya kefahaman kita bukanlah berdasarkan ikutan semata-mata. Kerana Islam adalah satu sistem hidup yang lengkap dan sempurna. Dewasa ini umat Islam hanya memahami secara serpihan yang terpisah-pisah dan tidak difahami secara satu sistem hidup.



2.Memperbanyakkan amal soleh dan mempertingkatkan ketaatan :

Pertama, pengakuan secara ilmu pengetahuan dan membenarkannya. Kedua, pengakuan secara amaliyah dengan mentaati apa yang telah diketahui dan diyakini. Oleh itu seorang Mukmin wajib melaksanakan keyakinannya dalam bentuk perbuatan dan tindakkan, iaitu ia perlu melaksanakan amal-amal soleh dalam kehidupannya.Sejarah telah membuktikan bahawa umat Islam bukan sekadar tentera-tentera penunggang kuda di siang hari bahkan mereka melaksanakan ibadah seperti rahib-rahib yang khusyuk di malam hari. Rasulullah s.a.w. sendiri menunjukkan contoh tauladan yang baik, di siang hari memimpin tentera-tentera Islam, melaksanakan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah, kemudian di malam hari melakukan qiyamulail sehingga bengkak-bengkak kaki baginda tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t.



3.Zikir dan fikir

Zikir adalah mengingati Allah beserta sifat-sifat-Nya, kebesaran-Nya dan membaca kitab-Nya, sehingga hati selalu berhubung dengan Allah s.w.t.Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :



Rasulullah SAW Bersabda (Yang Bermaksud): "Iman itu bertambah dan berkurang," lalu ia bertanya kepada baginda, "Apa gerangan ya Rasulullah, yang dapat menambah dan menguranginya?"Jawab Rasulullah , "Jika kita mengingati Allah dan memuji-Nya, menyucikan-Nya dan bertasbih kepada-Nya, maka disitulah iman akan bertambah kualitinya. Manakala jika kita melupakan atau lalai kepada-Nya, maka disitulah iman kita berkurang,"

Fikir pula adalah aktiviti yang mengarah kepada renungan ciptaan Allah dengan memikirkan apa yang ada pada ciptaan-Nya, memandang tanda-tanda kebesaran-Nya, mukjizat-Nya, sehingga bertambah keimanan kepada Allah dan merasakan keagongan-Nya dan kekuasaan-Nya. Aktiviti seperti ini disebut sebagai tafkir dan i'tibar. Kepekaan pancaindera terhadap ciptaan Allah walau hanya secara garis kasarnya saja sudah cukup memberi kesan akan keagungan sifat dan perbuatan Allah. Ini jelas akan mempengaruhi tahap keimanan dan seterusnya, pasti tahap komitment kita.

*** ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA ***

.Firman ALLAH:

"...wahuwa ma'akum ayna maa kuntum……"

..Dia ALLAH bersama kalian dimanapun kalian berada..."

Sungguh, ALLAH itu sentiasa bersama kita.. ' ALLAH selalu bersama hamba-hambaNya dalam setiap detik kehidupan dan dalam kematian. Dan Dialah yang paling dekat kepada kita kerana ALLAH mengenalkan diri Nya Maha Pemberi dan Mengetahui. Dekatnya ALLAH pada kita adalah lebih dekat daripada urat halkum kita sendiri, namun kedekatan ALLAH pada kita sering terasa jauh... Mungkin kerana kita sering dibatasi dengan tirai dosa. Ketika tirai dosa ini ada, maka ia akan menjadi penghadang kita menghampiri ALLAH walaupun secara fitriyahnya antara kita dengan ALLAH adalah tidak jauh.. Laksana orang yang duduk di sebelah dinding, di sebelah dinding satunya adalah sahabatnya. Hampir mereka berdampingan hanya dibatasi dinding saja, sangat dekat dan tidak ada yang lebih dekat dengannya selain sahabatnya. Tapi mereka terbatas dan tidak akan pernah bersatu bersama. Melainkan dinding tersebut diketuk dan dibuka. Demikianlah tirai yang menghalang hamba ALLAH dengan ALLAH.. tidak akan terbuka melainkan dengan taubat dan inabah..


(petikan kata2 Habib Munzir Almusawa)

InsyaALLAH..Renungan bersama terjemahan Al Fath: 1-10. Surah ini dinamakan sebagai Al Fath yang bermaksud Kemenangan. Digalakkan kita untuk membaca surah ini sebagai ikhtiar untuk mendapatkan kejayaan, sewaktu berada dalam kesulitan dan juga sebagai ketenangan bagi hati..Sewaktu turunnya ayat ke-2 daripada surah ini, Rasulullah saw memberitahu para sahabat bahawa ALLAH SWT telah menurunkan satu ayat yang lebih baginda cintai dari bumi.

'... supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus..' (Al Fath;2)



Sama2 kita tadabbur terjemahan Al Fath insyaAllah..

1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata,


2. supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,

3. dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak).

4. Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,

5. supaya Dia memasukkan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan supaya Dia menutupi kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar di sisi Allah,

6. dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrik laki-laki dan perempuan yang mereka itu berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran (kebinasaan) yang amat buruk dan Allah memurkai dan mengutuk mereka serta menyediakan bagi mereka neraka Jahanam. Dan (neraka Jahanam) itulah sejahat-jahat tempat kembali.

7. Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

8. Sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan,

9. supaya kamu sekalian beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menguatkan (agama) Nya, membesarkan-Nya. Dan bertasbih kepada-Nya di waktu pagi dan petang.

10. Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barang siapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barang siapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar..'


Moga kita dipilih olehNya untuk berada lebih hampirNya.. Moga kita sentiasa diberi hidayah dan taufiq oleh ALLAH untuk melaksanakan ketaatan yang diterima dan direhaiNya. Moga ALLAH sentiasa merezekikan kita untuk sentiasa mengingati dan bertaubat padaNya.. Moga ALLAH sentiasa melindungi dan memimpin langkah dan hati kita untuk melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan keinginan nafsu dan tipudaya syaitan yang menipu. Moga kita diberi kesabaran dan kekuatan jiwa sepertinya sabar dan kuatnya jiwa para nabi dan rasul,diberi hidayah dan petunjuk untuk beramal dengan akhlak para nabi dan Rasul... Moga pengakhiran kita adalah pengakhiran yang terbaik yang diterima dan diredhaiNya..

Amin Ya Rabbal 'Alamin.. :)