Sunday, July 22, 2012

UNTUKMU WANITA


RAMADHAN BULAN RAHMAT, BULAN KEAMPUNAN







  1. BismillahirRahmaanirRahiim ~
    Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabrakatuh.

    RAMADAN BULAN KERAHMATAN, RAMADAN BULAN KEAMPUNAN
    (perbanyakkan Istighfar, membaca Al-Quran, bersedekah dan berselawat )

    ... Sahabat-saudaraku Fillah, Ramadhan adalah bulan kerahmatan dan bulan kempunan, Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, penuh berkat Perbanyakkanlah beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi SAW serta perbanyakkanlah bersedekah dan amal-amal soleh yang lain.

    Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa.

    >>> Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

    >>> Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.

    >>> Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).

    >>> Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

    >>> Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)

    Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

    ♥ DITUTUP PINTU NERAKA ♥

    Pada bulan Ramadhan, pintu neraka ditutup maka kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran antara alam dunia dan alam akhirat). Seksaan kubur ke atas orang Islam dihentikan pada bulan Ramadan. Selain itu orang Islam yang meninggal dunia pada bulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir.

    ♥ DUBUKA SEMUA 8 PINTU SYURGA ♥

    Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat yang diturunkan oleh Allah s.w.t pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini bahkan golongan miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

    ♥ ALLAH PERHIASKAN SYURGA ♥

    Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari bernasyid dan menyanyi-nyanyi minta disegerakan bertemu dengan bakal suaminya di syurga nanti.

    Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan.

    ♥ RAMADHAN BULAN KEAMPUNAN ♥

    Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan malam dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

    Untuk mendapatkan pengampunan dosa, pastikan nafsu dikawal dan semua pantang larang Ramadan dijaga. Dalam hadith yang lain pula cuma disebut “dosa yang telah lalu” iaitu mulai 1 Syawal hingga 30 Syaaban sebelumnya. Inipun sudah cukup bagus.

    Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

    “Sembahyang lima waktu, dari Jumaat (yang satu) menuju Jum’at berikutnya, (dari) Ramadhan hingga Ramadhan (berikutnya) adalah penghapus dosa di antaranya, apabila ditinggalkan dosa-dosa besar.” (Riwayat Muslim)

    Menghidupkan malam melalui aktiviti seperti Sembahyang Terawih dan bertadarus juga mendapat pengampunan dosa oleh Allah s.w.t. Sembahyang Terawih sebanyak 20 rakaat diasaskan oleh Sayyidina Umar r.a. dan ini dilakukan bagi menggantikan sembahyang malam atau tahajjud Rasulullah sebanyak 8 rakaat pada malam bulan Ramadan. Sembahyang terawih 20 rakaat adalaha sunnah dari para Jamaah iaitu jamaah sahabat nabi dan kita adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    “Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (sembahyang malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang sembahyang malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

    ♥ Marilah sama-sama meraih kebaikan dan keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadhan. Semoga Allah SWT memberikan keampunan, melimpahkan Rahmat serta keredhaan-Nya buat kita semua...aamiin ya rabbal 'aalamiin ♥


    ~ Salam Ramadhan ~

Kita DOA BERSAMA.




  • Ya Allah, sudilah pandang aku
    Bismillahirrahmanirrahim..
    Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hambaMu
    Ingin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada
    Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini
    Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,
    Tanpa aku bicarakannya kepadaMu
    Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiri
    Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini
    Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri

    Ya Rabbi, sudilah pandang aku
    Ya Rabbi, izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.
    Aku tahu..
    Aku sering menghadapMu dengan wajah yang kelam, tidak berseri
    Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku berkeluh kesah
    Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita.
    Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu.
    Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu
    Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya

    Namun, di saat ini aku hadir untuk menghadapMu
    Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya
    Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu
    Dan tertipu dengan dunia dan syaitan
    Allah, pandanglah aku dengan kasih sayangMu
    Pandanglah aku dengan keampunanMu
    Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu
    Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu
    Tapi, layakkah aku Ya Allah?

    Ya Rabbi, seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,
    Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?
    Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?
    Bagaimanakah keadaanku waktu itu??
    Hitamkah wajahku bila berhadapan denganMu?
    Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
    Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk menemuiMu?
    Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu denganMu?
    Allah, aku bimbang..
    Aku gusar dan takut Ya Allah..
    Apabila memikirkan saat itu
    Kerana banyaknya dosa aku terhadapMu.
    Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini
    Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan
    Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu
    Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja

    Aku takut padaMu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadapMu?
    Aku sering berjanji di depanMu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untukMu
    Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa
    Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azabMu
    Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentangMu
    Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu
    Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali padaMu
    Engkau sentiasa bersedia mengampuniku...

    Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali padaMu
    Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda
    Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?
    Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?
    Allah, aku mohon dengan sangat..
    Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu
    Agar tersenyum aku pulang mengadapMu
    Allah, terimalah taubatku
    Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu denganMu
    Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu
    Agar mudah jalanku ke JannahMu...

    Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu
    Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak
    Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini
    Hadiahkanlah cahayaMu kepadaku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMu
    Amiin Ya Rabb..

    Aku mohon dengan sangat..Perkenankanlah.

    ::Ya Allah, maafkanlah bilamana hati ini tidak sempurna dalam mencintaiMu::